Thursday, December 18, 2014
Terkini: Gambar Banjir Di Kelantan 18 Disember 2014
Saturday, May 31, 2014
Rumah Dah Mula Ramai Dengan Orang
Saturday, December 28, 2013
Belum Sampai 2 Jam, Zam Dah Rindukan Kelantan
Wednesday, December 25, 2013
Makan Tengah Hari Di Restoran Cikgu Nasi Ulam, Kampung Kraftangan Kelantan.
Saturday, December 21, 2013
Apa Yang Zam Kutip Di Dalam Hutan Pagi Tadi?
Friday, December 20, 2013
Sarapan Pagi Di Kedai, Sambil Menulis Blog Sambil Pekena Akok
Wednesday, December 18, 2013
Wordless Wednesday: Kuih Apakah Ini?
Tuesday, December 17, 2013
Pengcahayaan Semulajadi Untuk Rumah
Makan Nasi Bertambah-Tambah Bila Pulang Ke Kelantan
PS: Walaupun makan bertambah, biasanya Zam tambah dalam portion yang kecil.. Teringin nak makan lagi, tambah sedikit.. Habis, kalau rasa nak tambah, tambah lagi.. Itu yang jadi banyak bertambah.. Hehe
Thursday, November 14, 2013
Kuih Muih Kelantan Untuk Waktu Berbuka
Sunday, October 13, 2013
Kalau Apex Yang Main, Benda Ni Tak Kan Jadi!
Wednesday, August 14, 2013
Aku Ada Satu Penyakit Kronik Sejak Kecil
Tuesday, August 6, 2013
Sibuk Membeli Belah Di Kota Bharu
Sunday, August 4, 2013
Pulang Beraya Ke Kelantan Malam Ini
Tuesday, June 4, 2013
Hari Terakhir Di Kota Bharu
Tuesday, May 28, 2013
Pesta Makanan Bila Pulang Ke Kelantan
Monday, May 27, 2013
Sibuk Bersiar-siar Di Kota Bharu + Line Internet Slow
Monday, April 30, 2012
Frekuensi Trafik Udara Lapangan Terbang Kota Bharu Kedua Tertinggi Selepas KLIA
KOTA BAHARU 26 April - Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, dinaik taraf kepada lapangan terbang antarabangsa bagi penerbangan tambang murah.
Pengerusi Matta, Datuk Mohd Khalid Harun berkata cadangan itu akan dikemukakan secepat mungkin berikutan pergerakan trafik udara di lapangan terbang tersebut adalah yang kedua tertinggi di Malaysia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Lapangan terbang ini juga berada di kawasan yang strategik kerana berdekatan dengan Thailand, Myanmar dan beberapa negara Asean lain serta mampu menjadi hab penerbangan yang baru di Pantai Timur," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Matta Fair 2012 di sini, hari ini.
Mohd Khalid berkata pengusaha pelancongan di Kelantan dan negeri lain mahukan lapangan terbang ini dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, yang melonjakkan industri pelancongan di negeri ini dan Malaysia.
"Ini penting untuk industri pelancongan, terutama kepada pengusaha pelancongan dan mereka juga boleh membantu dalam mempromosikan aktiviti ini ke peringkat antarabangsa.
"Jika perkara ini berlaku akan memberi satu kejutan kepada industri pelancongan di Kelantan dan akan membuka lebih banyak ruang kepada pelancong luar untuk mengenali negeri ini," katanya.
Lapangan terbang ini kini mengendalikan 46 penerbangan pada setiap hari, menjadikannya lapangan terbang paling sibuk di Pantai Timur, dengan laluan penerbangan Kota Baharu-Kuala Lumpur, Kota Baharu-Pulau Pinang dan Kota Baharu-Johor Baharu. - BERNAMA
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
Thursday, December 8, 2011
Kisah Kuih + Bermain Dengan Bokeh (secara tak sengaja) Part 5
Aku terjumpa kuih kegemaran aku ni - Baulu Jepun semasa berjalan2 di Kota Bharu smlm. Aku tak ingat sejak bila aku meminati kuih ini, mungkin semasa kecil, tp yg pasti saat itu aku tertarik kerana rupa & inti pes kacang merahnya mirip kuih Dorayaki yg aku kenal dari pembacaan komik Doraemon yg popular semasa zaman sekolah rendah aku. Cuma saiznya sj yg lebih kecil. Aku berandaian kuih ini mungkin saja dihasilkan sejak kemunculan kartun Doraemon di Malaysia sekitar awal 90an, tp menurut ayahku, kuih ini telah ada sejak dia kecil lg. Oh.. Menarik.. Rupanya sblm org kita mengenal Dorayaki melalui Doraemon, kuih ini sudah lama berada di warung2 kopi ;)
Tuesday, December 6, 2011
One Piece Vol 63
Akhirnya vol 63 Budak Getah/One Piece keluar juga setelah 3 bulan menunggu (kali terakhir ialah pd bulan puasa lepas). Seperti keluaran2 sebelum ni, aku membelinya di sebuah gerai usungan kecil di hadapan sebuah masjid di bandar Kota Bharu, sebaik sj pulang dr berjumpa dgn rakan. Biarpun ramai pembaca manga di luar sana boleh membacanya secara online di Mangastream atau Wootmanga (termasuklah aku), aku tetap akan membeli naskah asal sbg koleksi peribadi & secara langsung, aku menyokong mangaka yg telah bersusah payah memerah otak untuk menghasilkan manga yg menarik ni ;)
-Sejak ia diterbitkan, One Piece telah menjadi komik yg paling popular di Jepun & merupakan salah satu manga dr siri2 manga yg ada yg paling popular di seluruh dunia. Ia juga mencatatkan jualan paling banyak di dalam sejarah Mingguan Shōnen Jump. Pada 2010, Shueisha telah mengumumkan mereka berjaya menjual sebanyak 230 juta unit komik One Piece, dgn vol 61 yg mencatatkan percetakkan tertinggi dlm sejarah Jepun sebanyak 3.8 juta naskah (rekod sebelumnya milik vol 60 yg mencatatkan 3.4 juta naskah). Vol 60 adalah buku pertama yang terjual sebanyak 2 juta naskah dalam minggu pembukaan Carta Buku Oricon di Jepun. One Piece kini berada dalam ranking no.1 penjualan siri terbaik dlm sejarah manga. One Piece telah menerima banyak kritikan dr pembaca, terutamanya dr sudut & nilai seni yg ada padanya, pengembangan watak2, unsur2 lucu & jalan cerita yg menarik-









