e

Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Makan Nasi Bertambah-Tambah Bila Pulang Ke Kelantan


Assalamualaikum & selamat tengah hari.. Haa kali ni nak cerita tentang makanan yang sering membuatkan Zam berselera bila berada di meja makan. Kebiasaannya, Zam hanya menambah sekali sahaja bila makan di Kuching dan Serdang, tapi kalau dah pulang ke Kota Bharu, agak sukar untuk mengelak dari bertambah nasi berkali-kali. Mungkin disebabkan selera Zam yang sukakan masakan kampung macam di atas ni. Ulam-ulaman yang dicelur sebelum dicicah bersama tempoyak & budu, selain lauk ikan pekasam goreng dan jeruk. Terbaik beb!

PS: Walaupun makan bertambah, biasanya Zam tambah dalam portion yang kecil.. Teringin nak makan lagi, tambah sedikit.. Habis, kalau rasa nak tambah, tambah lagi.. Itu yang jadi banyak bertambah.. Hehe

Tuesday, July 24, 2012

Lagi Artis Kita Nampak Manis Bila Bertudung~ Lufya

LUFYA TAMPAK MANIS BERTUDUNG HASIL SENTUHAN ELFIZZ SCARVES





Zam terjumpa himpunan gambar Lufya ini di blog Beautiful Nara sebentar tadi.. Lufya mengenakan tudung bagi tujuan promosi ELFIZZ SCARVES.. Subhanallah.. Manis je kan..

Pada yang mahukan kelainan pada penampilan di hari lebaran nanti, mungkin pilihan ini amat sesuai untuk korang.. Untuk info lanjut, boleh klik di SINI.

Friday, May 11, 2012

Mai Pekena Laksa Penang!


Masa aku bergelut kat dewan peperiksaan pagi tadi, geng2 cikgu kat sekolah aku lak duk sibuk buat projek Laksa Penang. Projek ni memang tak kan jadi kalau tak ada orang Kedah kat sekolah ni. Apapun thanks sangat sebab tolong simpankan untuk aku sikit, biarpun awal2 aku dah bagitau kalau tak dapat simpan pun tak apa, sebab aku tak dapat join makan2 laksa pagi tadi kat sekolah ;)


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Saturday, April 28, 2012

KFC Diarah Bayar RM25j Kepada Gadis Lumpuh


SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta (RM25.26 juta) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar.

Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun.

Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.

KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu.

Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya.

Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.

Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.

"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis. - Reuters


SUMBER

Ps: Kalau nak makan kat luar pasni, hati2 lah k.. Mintak simpang dari kejadian mcm ni menimpa kita.

Wednesday, March 7, 2012

5 Menu Dari Dakwat Sotong

Dah masuk waktu makan tengah hari bagi penjawat awam yang berkerja di pejabat sekarang ni. Tentu ramai yang dah terbayangkan menu kegemaran yang akan dinikmati sebentar lagi, & tak kurang juga yang langsung tak kisah apa menunya, asalkan kena dengan selera masing2. Tapi, dalam banyak2 menu pilihan anda, mungkin anda tidak pernah terbayangkan menu2 yang Zam nak kongsikan dalam entri kali ini. Kenapa? Anda saksikanlah sendiri~


1. Spaghetti Dakwat Sotong



2. Nasi Dakwat Sotong



3. Pizza Dakwat Sotong



4. Kek Dakwat Sotong



5. Aiskrim Dakwat Sotong (sebagai pencuci mulut.. hehe)



Kali pertama aku mengetahui tentang dakwat sotong digunakan sebagai bahan masakan adalah sewaktu menonton sebuah rancangan masakan Jepun beberapa tahun dulu. Tiba2 teringat mengenainya, jadi aku tuliskan entri mengenainya hari ni. Bagaimana? Berani ke mencubanya? Melihatkan warnanya yang hitam pun dah buatkan kita berfikir banyak kali untuk mencubanya, & kebiasaannya makanan yang berwarna hitam ini adalah makanan yang hangit. Status kehalalannya pun tidak dapat dipastikan. Mungkin bagi kita di Malaysia, adalah pelik menggunakan dakwat sotong sebagai salah satu bahan masakan, tapi bahan ini telah digunakan secara meluas di Jepun & Itali. Mungkin untuk mencabar imiginasi mereka bagi mewujudkan variasi dalam 'mempersembahkan' hidangan mereka.

Saturday, March 3, 2012

Hello Kitty yang boleh dimakan

Orang Jepun memang kreatif, sampai makanan pun di'hellokitty' kan. Apepun itu tidak menghairankan, kerana dalam penyedian makanan, mereka memang mementingkan 3 ciri penting ini dalam 'mempersembahkan' hidangan mereka~ Rasa, Warna & Susunan. (Aku menulis dalam mode lapar sbb tak sempat sarapan.. Hari ni lak ada kelas ganti.. huhu)






Thursday, December 8, 2011

Kisah Kuih + Bermain Dengan Bokeh (secara tak sengaja) Part 5



Aku terjumpa kuih kegemaran aku ni - Baulu Jepun semasa berjalan2 di Kota Bharu smlm. Aku tak ingat sejak bila aku meminati kuih ini, mungkin semasa kecil, tp yg pasti saat itu aku tertarik kerana rupa & inti pes kacang merahnya mirip kuih Dorayaki yg aku kenal dari pembacaan komik Doraemon yg popular semasa zaman sekolah rendah aku. Cuma saiznya sj yg lebih kecil. Aku berandaian kuih ini mungkin saja dihasilkan sejak kemunculan kartun Doraemon di Malaysia sekitar awal 90an, tp menurut ayahku, kuih ini telah ada sejak dia kecil lg. Oh.. Menarik.. Rupanya sblm org kita mengenal Dorayaki melalui Doraemon, kuih ini sudah lama berada di warung2 kopi ;)


- Ketika aku sdg berusaha mengambil gambar kuih ini utk dipaparkan di blog, secara tk sengaja aku menemukan kesan bokeh dr cahaya matahari yg menerobos melalui celahan2 daun & dahan pokok. Titik2 cahaya menghasilkan kesan bokeh yg menarik, biarpun waktu itu aku cuma menggunakan lensa EFS 18-200mm ku, bukan nya EF 50mm yg biasa digunakan oleh aku untuk menghasilkan kesan bokeh yg menarik ;) -

Monday, October 31, 2011

Ramah Tamah Aidilfitri di bulan Zulkaedah

Plan asalnya, kami nak buat 23 Sept, tp sbb ramai cikgu yang tak ada di sekolah waktu tu, kami ubah ke 30 Sept..

Awal2 lg GB dah tanya, aku nak masak ape. Aku gtau lah, puding je kot. Lgpun makcik aku baru je ajar buat puding roti raya hari tu. Cume kali ni aku ubah sikit, buat Puding Roti dgn Epal Hijau. Amik resepi kat lmn web Asian Food Chanel.

Malam sblm majlis, aku mulakan projek aku kat dapur sekolah, lps dak2 asrama habis prep. Percubaan pertama gagal, sbb puding roti tu hancur, & aku cuba untuk kali kedua, baru berjaya. Tp berdebar2 gak, ape la rasanya bila kwn2 cube nti :p

Esoknya, majlis bermula dgn lambat, plus kami semua dah lapar tahap gaban. Sempatlah aku ratah udang butter GB sambil2 amik gambar suasana majlis tu. Layanzz~


Udang butter dr GB, ketupat & sate


Menu dr cikgu2 lelaki- Rendang Minang Cikgu Dini, Pulut Periuk Kera Cikgu Hissam & aku nyer Apple Bread Puding

Sekitar berlangsungnya majlis~



Bermain dengan bokeh (I)

Bokeh? Ape tu??

Dlm fotografi, bokeh adalah kesan kabur, atau kualiti estetika kesan kabur tersebut, yg terdapat pd linkungan luar titik fokus dalam sesuatu gambar.

Kesan bokeh biasanya banyak kelihatan di sekitar latar yg cerah, seperti pantulan cahaya & sumber cahaya, yg mana disebabkan ini ia (bokeh) sering dikaitkan dgn keadaan yg dikatakan td. Walau bagaimanapun, bokeh tidak hanya terhad pd latar yg cerah, kerana kesan kabur terjadi pd semua lingkungan luar titik fokus pd gambar.

Sebagai contoh, Danbo (robot kotak) dlm gmbr di bawah berada di dlm titik fokus, menjadikan ia kelihatan sgt terang, manakala cahaya dr lampu2 yg berada di lingkungan luar titik fokus menunjukkan kesan bokeh, yg mana menjadikan gambar tersebut tampak menarik.


masa mula2 jumpe gmbr ni kt internet, aku tak ada idea langsung sal bokeh ni.. tp serius, aku terus suka gmbr ni smpi jadikn gmbr profil kat FB.. manalah aku tahu, gambar ni ade kaitan dgn 1 ilmu yg bakal aku minat lps ni

Antara lensa yg digunakan untuk menghasilkan kesan bokeh spt ini adlh Canon 50mm F1.8, & Nikon 50mm 1.8. Mulanya, kawan aku Awang yg cadangkan aku utk beli lensa 50mm ni, tapi aku mula betul2 tergerak hati utk beli gak lps tgk gambar yg diambil oleh sepupu aku ms kami brkursus kat Sibu baru2 . Dia n Zetty (rakan guru 1 sekolah) msg2 dah ada lensa tu.



Zetty lah yg ingatkan aku balik sal Gila2 Sale Canon, & cadangkan aku membeli lensa tu sementara promosi 30% tu masih berjln. Ms tu tinggal kurang dr seminggu sblm promosi habis. Aku pnh terjumpa iklan sale tu sblm ni, tp ms tu aku pk mcm tak ade ape pn nk dibeli.



Balik je dr Sibu, & kebetulan aku dah keluar jln2 hari Sabtu tu (meraikan hari jadi Ustazah di Pizza Hut bersama Maz), aku terus ajak mereka ke The Spring pula. & hari tu juga, lps pikir panjang (lbh kurang), aku buat keputusan utk beli lensa 50mm F 1.8 tu di PC Image.


terbeli jugak akhirnye.. hmmm

Kalau lunch nya kami ke Pizza Hut, malamnya kami mkn mlm di Kubah Ria pula. Aku terjumpa bakso yg dah lama aku cari selama ni, & sjk tpengaruh dgn Ketika Cinta Bertasbih, rasa nak makan makanan Indonesia je.. Hehe


Pizza & Bakso

Lps makan, sesi fotografi lak dgn lensa yg baru dibeli.. Ustazah & Maz spt biasa menjadi modelnya. Perhatikan kesan bokeh yg terhasil dr lampu2 di sepanjang jambatan Satok :)



Tak rugi melaburkan duit utk perkara yg diminati apabila kepuasan yg diperolehi tu sukar digambarkan, kan? ;)

Sunday, April 17, 2011

saya tak mau makan nasi

Ahad~ lps seharian sibuk di sekolah pd hari sebelumnye, aku terasa nak balik rumah.. Tp sebelum tu Ustazah ajak kuar makan tengah hari & cari barang2 untuk sekolah.. Aku mengikut je, dgn syarat, aku tak mau makan nasi hari tu.. hehe..







Ni semua yg aku pesan hari tu.. Takde nasi kan? Tapi tinggi kadar kolestrol.. Haha

Saturday, April 16, 2011

Projek Nasi Kerabu



Balik dr bercuti tahun baru cina bulan 2 baru ni, aku bawakan kacang telang untuk ditanam di sekolah. Terus aku serah kan pada Maz, minta dia saja yg tanamkan. Takut tangan aku ni panas, tak menjadi nanti pokok tu.. Niat utama tak lain tak bukan, sbb nak buat nasi kerabu dgn pewarna asli.. ngeee

Sebaik pokok tu mengeluarkan bunga yg pertama, maka berbunga2 lah hati Cikgu Maz melihatnye.. Harapannya dapat lah secepat mungkin makan nasi kerabu warna biru.. Warna putih, dia tak mahu..


5hb 4..




16hb 4.. Aku patutnya dah balik ke rumah hari tu, sbb hari ni giliran Maz duty warden.. Tp dek kemalasan, rasa nak duk kat sekolah je.. Tak lah sunyi sbb ade budak2 kat asrama.. Balik umah kang, duk sorang2 lak.. Sunyi ler..

Tahu jek aku tak balik rumah hari tu, terus Maz ajak buat nasi kerabu.. Bunga pun dah banyak.. Jadi, pagi tu terus aku telefon Ma di Serdang menanyakan bahan yg diperlukan. Sebelum ni, aku tak pernah buat nasi kerabu ni sendiri. Setakat tolong sikit2 je masa Ma atau nenek buat adalah.. Tp, sekurang2nye aku tahu sikit cara & proses membuatnye.. Resepi je aku tak hafal..

Mulanya aku tak nak buat kerabu kelapa, jd tak lah kelapa kukur masuk dlm senarai barang perlu dibeli pagi tu. Tapi kata Ma, nasi kerabu ape kalau takde kerabu kelapa tu.. Hehe.. Orang bujang, tahu nak buat simple2 jek..


Pagi tu, aku & Ustazah ke Pasar Satok membeli bahan.. Daun kesum, bunga kantan, ikan, kelapa kukur dll.. Jenuh gak le mencari, rupanya banyak juga bahan nak diguna utk buat nasi ni.. Maz dah pesan, dia tak mahu budu, tp sbb Ustazah mahukan juga, aku belilah sebotol, itupun item terakhir yg kami cari! Susah gak nak jumpe benda alah ni kat sini..

Sampai kat sekolah semula, yg pertama aku buat ialah goreng kelapa kukur td.. Maz tolong siangkan ikan untuk dibakar & digoreng celup tepung. Itupun sblm digoreng, kami kukuskan dulu supaya ikan tu empuk.

Lps digoreng, kelapa td ditumbuk, dicampur dgn bawang, serai, isi ikan bakar, gula & garam. Kerja menggaul kesemua bahan diatas di serah pada Maz. Setiap kali mencampurkan semua bahan tu, aku akan jd tukang rasanya. Selagi rasanya tak sama seperti yang dibuat oleh nenek sebelum ni, aku akan tambahkan bahan lagi. Lama gak Maz meramas, sampai lah aku jumpa rasa & aroma yg aku nak kan, baru aku suruh dia berhenti. Biasanya, susah kita nak buat apa yg kita masak sama rasanya dengan yg orang tua kita masak, tapi kali ni, untuk kerabu kelapa ni, kami berjaya! Well blend! Haha ;D




Siap je ikan goreng celup tepung, Maz sediakan pula kerabu ulam2an nya..



Tapi sbb kami tak ada pengalaman memotong daun kesum, aku telefon nenek di Kelantan.. Hehe lawak je tak tahu nak guna bahagian mana daun kesum tu.. Sambil2 borak, nenek tanya aku~ "Sambal tumis budu buat tak?"..
"Errr.. Takde santan, jadi tak buat.."
Serta merta aku kena sound. Nasi Kerabu ape takde tumis budu? Nenek nak ajarkan aku, tapi aku mati2an tak mahu buat sbb takde santan.. Walau apepun yg aku cakap, nenek tetap suruh buat tumis budu.. Degil tul aku ni.. Rupanya nenek nak ajarkan aku buat tumis budu tanpa pakai santan, tp aku lak dok kata takde santan nak buat.. Tu lah.. Pandai sgt tak nak dgr dulu org kata apa.. Hehe :p

Letak je telefon, aku terus blendkan bawang merah, serai & halia.. Tumis di dalam kuali, & campurkan budu setengah botol.. "kalau nak makan ramai2, buat guna sebotol budu" pesan nenek td.. Tp aku masih degil.. Letak separuh jek..


Sambal Tumis Budu

Dekat dua jam lebih buat sepah kat dapur, baru kami selesai memasak. Perut pun dah lapar sbb dr tengah hari tak makan ape2, duk tunggu nasi kerabu jek..


Dah siap!



Kami jemput rakan2 yg berada di sekolah untuk makan sekali.. & paling bestnye, nasi kerabu tu menjadi.. Cuma yg failnye, nasi tu tak jadi biru sbb bahan pewarna asli tak padan dgn beras yg banyak masa ditanak tadi.. Hehe.. kempunan lagi Maz nak makan nasi warna biru kali ni.. haha


Thumbs up! Kelihatan Maz mengurut dada tanda lega di sebelah.. hehe


Jemput makan~

Pss.. Disebakan degil tak dengar cakap org tua, sambal tumis budu tu tak cukup.. Tu lah.. Org dah ckp suruh guna 1 botol, aku gune separuh jek.. Kan dah tak cukup.. & nak tahu tak.. Si Maz yg mulanya eksyen tak nak makan budu, tahu2 suke sambal tumis tu.. Habis licin kami sapu! ngeee

Sunday, March 20, 2011

Ole2 dr Bintulu :)



Ahad, aku dah berada di Kuching. Mulakan tugas warden di asrama sekolah. Bosannye, sbb masih dlm mood bercuti.

Erm.. Kuih ni, ibu seorang murid ni yg bagi.. Ingat juga dia kat kami warden2 & pengasuh murid kat asrama ni.. Sorang dpt 1 kotak.. Terima kasih lah ye :))

Friday, March 18, 2011

Last Day @ KB

19 Mac

Pagi2 tu, aku kuar cari cendawan busut.. Gian nak rasa pengalaman ms kecik tu semula.. Tp 1 ni je yg aku sempat cari.. yg lain, datuk dah sapu bersih dulu.. hehe.. Tu le.. sape suruh kuar lewat kan.. ;p



Ni yg sempat dikutip hari ni oleh datuk.. Leh bawa balik ke KL malam ni..





Selain nasi untuk sarapan pagi, nenek gorengkan keledek.. Cicah susu pekat pun best ;9



Err.. Telur apekah ni?



Malam, aku naik bas pukul 9 ke KL.. Bye2~


A&W, tempat aku selalu lepak dgn kawan (kt dpn stesen bas KB)

Thursday, March 17, 2011

Menu Istimewa ;)

17 Mac

Nenek panggil aku ke dapur pagi tu. Rupanya datuk bawa balik cendawan busut dr dusun di belakang rumah.. Giler ah lama aku tak makan cendawan ni! Harus lah aku kesuka suka an pagi tu kan.. Hehe.. Nenek tanya aku nak masak mcm mn.. Aku suke digoreng kunyit je.. Itupun dah sedap.. Rugi tak bangun awal2 pagi.. Kalau tak, mesti leh g kutip cendawan.. Perasaan mengutip cendawan tu yg best.. Aku rinduu.. Lame giler x g mengutip cendawan.. Bukan selalu dapat peluang mcm tu..



Aku nak gorengkan cendawan tu untuk makan tengah hari.. Tp aku berhenti jap, sbb Along datang singgah ke rumah masa tu. Aku nak transferkan gambar2 dr kamera masa Cik Nova datang ke Kelantan hari tu, lps aku tak dpt share & upload di FB.. Line slow kat sini..



Lepas Along balik ke rumah, aku sambung kerja2 kat dapur.. Kejap je, Cendawan Goreng aku siap.. Tp rasenye aku terlebih letak bawang arr.. Rasa cendawan tu hilang.. Aisehh.. Aku pun sebenarnye bukan pandai sgt masak ni.. Haha



Menu untuk malamnya, aku bakar petola lagi.. Mmg faveret aku petola bakar dengan budu ni.. Cendawan yg masih belum dimasak pagi tadi, aku bakar gak.. Haha.. Giler punye kerje..! Mana pernah orang bakar cendawan.. Pada pembaca blog di luar sana, jgn ikut cara aku ni okeh.. Saya tak akan bertanggungjawab kalau anda keracunan! Hahaha)

Tuesday, March 15, 2011

My Cousin Wedding

15 Mac Selasa

Petang hari kedua di KB, aku & Ma ke majlis kahwin sepupu di Kampung Dewan Beta.. Alang2 dah bawa kamera ni, jadi jurukamera terjunlah hari ni..















Rasa meriah bila dapat kumpul ramai2 mcm ni.. Jarang2 jumpe kan sbb aku kat Kuching, diorang semua kat semenanjung.. Time mcm ni je la leh jumpe

Balik rumah, nenek dah siapkan kuih2 ni untuk Ma bawa balik ke Serdang malam ni. Aku je, balik hari Jumaat dgn bas..


Lepat Ubi


Ketupat

Malamnye, aku ikut pakcik menghantar Ma ke airport, sebelum aku ikut pakcik sekeluarga ke Pasir Mas. Lepak sana malam ni. Esok nak ke lagi :)



16 Mac Rabu

Sebelum ke KB, makcik balik masakkan lauk pauk untk makan tengah hari. Petangnye, aku ke KB, nak lepak2 petang dgn Along. Tempat biasa, A&W KB~ ;)