e

Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

GOOD LUCK, FRIEND!



Untuk seorang kawan aku yang ambil exam hari ni ;) GOOD LUCK!!

Monday, June 11, 2012

Adakah Wajah Anda SEIRAS RAKAN BAIK Anda?

Adakah satu kebetulan bila mendapati wajah rakan baik anda seiras wajah anda?


Korang ada rakan baik/sahabat/best friend? Atau mungkin suatu masa dahulu korang pernah mempunyai 'mereka' ini? Kalau ya, korang sememangnya bertuah. Sebab? Itu aku rasa korang mesti tahu sendiri. Dan pasti, korang ada alasan tersendiri. Bagi aku, beruntungnya mempunyai mereka sebab aku ada tempat untuk luangkan saat gembira bersama & luahkan kemaslahatan hidup aku dengan mereka. Korang mesti tak boleh hidup seorang diri tanpa kawan2 kan? Rasa macam ralat je bila pendam perasaan gembira atau serabut sorang2..

Ada sesuatu yang nak aku kongsikan bersama dalam entri kali ini. Sorrylah entri kali ni 'terpanjang' sikit dari biasa ;p Mungkin apa yang aku nak ceritakan kali ni pernah dialami oleh korang juga. Biasanya, kita tak akan sedar tentang hal ini, sehinggalah bila ada orang yang mengatakan & memberitahu kita, atau ..

"Eh, korang ni adik beradik ke..?"

.. ditanya soalan yang seperti itu. Korang pernah alami?

Ada sekali waktu keluar membeli barang di kedai runcit bersama kawan baik aku Mail, aku ditanya oleh jurujualnya semasa hendak membayar di kaunter- " Adik awak ke tu?". Itupun selepas kawan aku keluar dari kedai tu, baru si jurujual buka mulut bertanya. (Masa tu aku syak dia tertarik dengan kawan aku tu kot.. sebab tu dia tanya.. heh2)

Di Kelantan, masa aku keluar bawa Aril (kawan baik aku dari Sarawak) berjalan2, kami ditanya oleh abang yang berjual kat pasar Pasir Mas soalan yang hampir serupa. " Adik beradik ke?" Bila aku jawap kawan, dia kata muka kami hampir serupa- & sebab tu dia ingatkan kami ni adik beradik.

Aku juga ada seorang kawan baik yang aku dah anggap macam abang sendiri, yang aku panggil Along. Ramai yang tanya, terutamanya rakan2 guru aku yang mengenali dia- Along tu abang kandung aku ke. Mungkin mereka tanya macam tu sebab mereka kata wajah aku iras dia. Ada juga yang istilahkan kami ni 'kembar'. Dan yang paling aku tak lupa, bila seorang kawan aku bagitahu, "kalau kau kata Along tu abang kau pun aku percaya, sebab muka korang nak sama".

Itu yang selalu buat aku terfikir & tercari2 persamaan aku dengan kawan2 baik aku tu. Mungkin kita tak kan sedar, sampai lah orang lain yang bagitahu. Itu dari pengalaman aku lah.

Ini lak kisah tentang 2 kawan kamceng aku kat Kuching- Maz & Nong. Ramai orang luar yang sangka mereka adik beradik. Dan ada satu kisah yang berlaku waktu aku keluar dengan mereka membeli belah di pasaraya. Mulanya Maz yang membayar barang2 di kaunter, & bila dah selesai, tiba pula giliran Nong membuat bayaran di kaunter yang sama. Waktu harga barang2 Nong dikira & dimasukkan dalam beg plastik, si jurujual langsung tak pandang Nong, sampailah saat menerima bayaran & memandang Nong, tiba2 si jurujual jadi blur. Kemudian dia memandang ke arah Maz. Mulanya kami tak faham dengan situasi tu, sehinggalah mereka gelak bersama.

Rupanya si jurujual ingatkan Maz buat pembayaran dua kali, disebabkan wajah Maz & Nong yang seiras tu!

Monday, June 4, 2012

truly GREAT FRIENDS..



"truly GREAT FRIENDS are hard to find, difficult to leave, & impossible to forget.."

jadi, tak sebegitu mudah untuk membuang kamu begitu saja dari hidup saya

Thursday, March 1, 2012

14 Ciri Sahabat Baik ;)



Rata2 manusia, tak kira usia, pasti mempunyai seorang kawan karib. Dialah teman waktu susah & senang, tempat berkongsi kegembiraan & mengadu kemashalatan hidup. Rakan baik tidak semestinya harus mendampingi anda setiap waktu, walaupun berjauhan beribu batu, istilah itu tak pernah luput.

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Wednesday, February 8, 2012

Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta

Sesiapa nak join, ade masa lagi nih sblm kul 11 mlm ni esok. Hadiah lumayan gak woo.. Sape nak bg RM50 topup senang2 kat kita

Hari ni Esok tarikh tutup, hari ni baru nak submit. Hehe sorry ye dik Nia Lidia ;p Adik Nia Lidia ni rajin ke blog aku, & dia pernak gak review blog aku ni kat blog dia. Sweettt jek.. & kali ni, aku nak support dia dgn sertai segmen nih. Dah lama nak buat entri, tp hari ni baru teringat.

Tema Pilihan:
SAHABAT

Quote:

"WHEN IT HURTS TO LOOK BACK, AND YOU'RE AFRAID TO LOOK AHEAD, YOU CAN LOOK BESIDE YOU & YOUR BEST FRIEND WILL BE THERE."

Gambar:


Aku tujukan quote ni 2 Sahabat Baik aku, Maz & Ustazah. Aku pilih quote ni sebab diorang ni sentiasa ada untuk aku di masa susah & senang, nak2 lagi dalam keadaan kami yang merantau jauh di negeri orang ni. Ini pengalaman sebenar aku sejak aku kenal diorang . Kami mengajar di sekolah yang sama di Kuching sejak 4 tahun yang lalu.

Pandangan aku tentang Sahabat Sejati? Fuhh.. susah nak digambarkan. Bayangkan lah selama ni, buruk baik kita diterima dengan penuh sabar. Kadang masalah sendiri terpaksa dilupakan kerana memikirkan masalah kita. Serius. Tak tipu. Itulah sifat seorang sahabat. Sahabat aku bukan diorang berdua ni je, ada lagi di semenanjung sana. Sampai sekarang pun, aku betul2 rasa beruntung, sbb dalam banyak2 manusia yang ada kat Malaysia ni, aku jumpa diorang semua.. Bukan senang tu.. Kebarangkalian untuk berjumpa dgn seorang sahabat sebaik itu sangat, sangat kecil.. Maknanya, korang mmg bertuah kalau mempunyai seorang sahabat baik!

Oklah, thats all 4 now. Untuk segmen ni, aku tag semua pembaca blog ni. Pada siapa yg nak join tu, ade masa lagi nih :)

Sunday, January 15, 2012

Rinduku datang lagi.. La la la

Jalan2 ptg semalam ke bandar Kuching- bila tengok tempat kami selalu lepak sama2, mcm KFC, Pizza Hut, Barouqe Village, aku akan teringat semua kenangan lama kami. Hmm.. Rindu dtg lagi lah tu.. Tapi nak buat mcm mana kan.. Bukan senang nak lupakan kawan baik yg selalu ada untuk kita selama 4 tahun ni, tiba2 pindah ke Semenanjung. Time sakit, dia la antara yg tolong jaga aku, hantarkan ke hospital & buatkan bubur nasi bila selera mengada2 aku datang masa sakit tu.. Hmm.. Layan kan je lah perasaan tu..

Friday, January 13, 2012

Rindu itu datang lagi.. Argghhhh!!

Masa duduk santai2 di bilik guru pagi tadi, dari corong radio, telinga aku terdengar 1 lagu yg buatkan hati aku jadi resah tiba2. Kemudian perasaan rindu & sayu lak menular dalam hati. Aku tercari2 sebab kenapa aku boleh jd mcm tu tiba2.. Lagu tu mcm familiar sgt..

Akhirnya aku teringat. Itu lagu caller ringtone yg biasa aku dgr setiap kali aku telefon seorang sahabat aku.. Sekarang dia dah berpindah ke tempat kerja yg baru.. Huhu.. Patutlah aku jadi emo tiba2 bl dgr lagu tu..

Minggu lps, lain pula ceritanya.. Bila aku pandang si A, aku terbayang 'dia'.. Bila aku pandang si B, aku ternampak 'dia'.. & bila aku pandang rakan baik ku si C, aku ternampak 'dia' jugak..

Huhu..

Thursday, January 12, 2012

Masih wujudkah istilah SAHABAT PENA?



Korang pernah dengar istilah Sahabat Pena? Ia bermaksud ''kenalan (baru) yang di hubungi melalui perutusan surat''.. Aku sendiri dah lama tak mendengarnya, maklumlah sejak zaman laman sosial berkembang & meletus, orang dah tak pedulikan lagi perhubungan melalui surat menyurat ni.

Aku pernah mempunyai seorang sahabat pena. Seorang gadis dari wilayah Ibaraki, Jepun. Aku dapatkan alamatnya dr seorang kawan aku yg pernah berjumpa dengannya sewaktu sekolah menengah dulu.

Surat perkenalan ku di balas. Masa tu, gembiranya tak terkata. Tapi selepas balasan ke dua ku terima dr nya- sekeping kad dgn hiasan kincir angin, aku dah tak terima sebarang balasan lagi. Itu yang terakhir sehingga kini.


Itu kisah lama. Tp kdg2 bl aku teringat balik, aku akan mencari dia di laman carian & laman sosial. Tp nasib tak pernah menyebelahi aku.

Tak apalah.. Tak ada jodoh barangkali.. ('',)

Tuesday, January 10, 2012

"Segmen : Mr. E'raz Fadli [Tingkatkan Follower dan Traffik ]".

Kali ni Zam sertai segmen dari kawan baik Zam, E'raz Fadli. Ianya bertujuan untuk mempromosi blog masing2.

Untuk maklumat lanjut, klik banner di atas ('',)

Zam tag-

NIA LIDIA KAK CHIK MAMA SHIKIN JD

Sunday, January 8, 2012

F.R.I.E.N.D.S

Awang, Basyer, Munzeer, Hafiz, Yazid..

Kenangan aku masa tingkatan 4~ Lukisan ni dilukis oleh seorg kawan atas permintaan aku, yg menggambarkan klik kami ketika itu. Ala2 anime.. Kawan aku ni mmg minat melukis, & part aku cuma mewarnakan gambar tu.

Sampai sekarang, biarpun berjauhan dr mereka, setiap kali pulang ke Serdang, aku pasti luangkan masa dengan mereka. Kadang2 aku dimarah sbb lbh banyak habiskan di Kota Bharu setiap kali bercuti. Hehe

Korang macam mana? Masih berhubungan dgn klik masa sekolah dulu?

Wednesday, December 28, 2011

Hargai sebuah persahabatan..



What makes you feel awkward most is not the words of your enemies,
but the silence of your close friends..

Aku jumpa kata2 ni dr status seorang rakan aku di FB. Masa tu, fikiran aku bagai tersentak.. Ada benarnya kata2 ni. Iyalah, kadang2, dalam tak sedar, kita terbuat silap & salah pada rakan2 kita.. Apepun jalan yang terbaik, mengakui kesilapan sendiri & perbaiki hubungan persahabatan tu dari semasa ke semasa, kan?

Thursday, December 22, 2011

SELAMAT HARI JADI, ALONG E'RAZ FADLI!


HARI NI, 22 DISEMBER, MERUPAKAN HARI JADI SEORANG KAWAN BAIK AKU YANG AKU ANGGAP MACAM ABANG AKU SENDIRI ; )

SEMOGA PANJANG UMUR & TERUS DIMURAHKAN REZEKI, ALONG!!

Wednesday, December 21, 2011

Utada Hikaru

Aku temukan secara tak sengaja video ni semasa mencari lagu2 lama Utada Hikaru seperti Final Distance & First Love di Youtube. Dah lama tak dengar lagu baru dr Hikki (nama manjanya di kalangan peminat), wlpn lagu ni tidaklah baru sgt (tarikh keluar Nov 2010.. hehe). Apa yg membuatkan aku tertarik utk mendengar lagu ini ialah apabila melihat jumlah penontonnya yg ramai~ 8,882,122.

Bagi aku, tajuk nya kedengaran agak EMO, tp Goodbye Happiness adalah sebuah lagu yg berentak Pop.. Apa yg menariknya, bila aku amati perjalanan cerita dlm video klip ni- aku perasan terdapat babak2 dr videoklip2 lama yg dilakonkan semula (maksud saya di sini, jika anda salah seorang peminat Hikki yg biasa mengikuti VC2 lagunya sblm ini, anda pasti akan perasan ;)

Oh ya, VC ini diarahkan sendiri oleh Hikki.. Comel sgt.. Nak2 bila dia menari seperti robot! Jom layan!




Goodbye Happiness (English Translations)


After the sweet candy has disappeared
A sad looking little boy
On a cloudless Summer Day

Sunburnt hands and feet
Careless if her white one piece gets dirty
An unconscious paradise

I waited after the dream, but nothing
Then one day, I learned of your name

So Goodbye Loneliness
Singing along to a love song
Reflected in your eyes, I’m laughing

So Goodbye Happiness
We can’t return to those times
When we were naive and energetic
But that’s okay
Love me

You can’t overthink it or get too desperate
Don’t fool yourself
It’s a tough world

When humans find themselves all alone
Is when they realize the meaning of love

These fading passing days
Let me hear a gentle song
Do you still remember, to this day
The way we felt around the time we met

So Goodbye Innocence
We can’t return to those times
When we were naive and energetic
It’s all your fault
Kiss me

Oh everything goes round and around
Oh Darling Darling I’m not going to move on to someone else
Only you

Wouldn’t it be great if we could just live the way we are?
At crucial moments, my other self blocks my way.

So Goodbye Happiness
I want to return to those times
When we were naive and energetic
Baby, just one more time
Kiss me

Tuesday, December 6, 2011

Rancangan membuat kejutan: Berjaya!


Selamat Pagi, Kota Bharu ;)

Ikutkan tarikh waran MAS yg sebenar, aku akan balik bercuti di Kelantan pd 19hb Dis selepas bercuti di Serdang 2minggu sblm itu, tp di saat2 akhir aku buat keputusan utk terus balik ke Kelantan sebaik saja sampai ke KL dr Kuching. Rancangan tu langsung tidak diketahui keluarga aku dikampung (Kelantan), termasuk lah rakan baik ku di sana.


Aktiviti sebelum sarapan pagi: Photoshoot ;)


Sarapan pagi di McD KB

Jd setibanya aku di bandar Kota Bharu pg td, aku terus mengatur rancangan utk membuat kejutan pd nya. Aku hantar sms bertanyakan aktivitinya pd pg td, untk mengetahui kedudukan lokasinya pd waktu itu. Rancangan pertama aku tu berjaya bila dia terkejut melihat kemunculan aku di depan matanya dgn tiba2. Lbh kurang sejam ++ kami duduk bersembang, sblm aku minta diri utk pulang ke rumah nenek pula. Slps shopping barang2 dapur lbh kurang di KB, aku balik, & seperti yg ku harapkan sblm itu, mereka kehairanan dgn kemunculan aku tiba2 di depan pintu rumah.. Hehe.. Well, aku gembira sgt hari ni sbb rancangan aku tu berjalan dengan lancar. Terima kasih pada my parent & sibling yg menjaga rahsia aku dgn baik hingga ke saat2 akhir (beberapa minit sblm aku sampai ke rumah, nenek ada menelefon abah di Serdang, tp abah sikit pun tak cerita ttg aku nk blik bercuti di kampung.. hehe ;)


Can u see my massage? hehe

Tuesday, November 29, 2011

tepi tingkap, dekat sayap


sama tp tak serupa.. [AirAsia kl-kbr]

Ni lah seat kesukaan aku bila terbang ke mana2. Reason~ AKu suke tgk awan & aku mmg suke benda2 bersayap ni. Tp time booking tiket online, jarang sangatlah aku beli seat kesukaan aku tu (main dengan budget nye pasal). Semuanya kebetulan.


Firefly kch-kl

Ada 1 kisah yg aku nak kongsikan sal seat kesukaan aku ni.. Ia tak lebih dr 1 kebetulan sebenarnya, tp bg aku ia 1 kebetulan yg menarik. It's happened when my friend- Mazlina & I went to Kota Kinabalu from Kuching on 2009 with Malaysian AIrlines. AKu sepatutnya dapat seat tepi tingkap masa tu, tp lepas berebut dengan Maz (+ pujuk rayu), aku mengalah & bg seat tu kat dia. Punyelah dia suka.. masa blik dr KK pun mcm tu.. & dia pun doa kan lah aku dgn nada selorohnya~ 'semoga Allah memurahkan rezeki kau lepas ni'..

Nak dijadikan cerita, sejak hari tu, setiap kali aku naik flight, aku akan dpt seat tepi tingkap, A @ F.. & perkara mcm tu berlarutan selama 2 tahun tanpa disengajakan, sbb aku mmg tak pernah & tak kan beli seat setiap kali booking tiket online. Menambahmahalkan harga tiket je weh!

2 tahun berlalu, & tuah aku tiba2 hilang mcm tu je.. aku jarang dpt seat tepi tingkap lg..

Satu hari dlm tahun ni gak, masa aku lepak dengan Maz kat airport Kuching, dia cerita tentang tunangnya yg selalu dapat seat tepi tingkap stiap kali dtg ke Kuching. Aku mendengar je tanpa perasaan, sampailah ke suatu saat, tiba2 aku tersentap!

Patutlah..! Patutlah aku tak dpt seat kat tepi tingkap lagi..!!

Tuah aku dah beralih kat tunang dia!!

Hampeh.. Baru aku perasan, aku dah tak dapat duduk kat seat kegemaran aku tu lagi sejak dia dah bertunang dgn org lain.. Hahaha

hmm.. naseb kau la labu


...

Wednesday, November 16, 2011

Bermain Dengan Bokeh (Bhgn III): Masa untuk menghasilkan kesan bokeh dgn filter buatan sendiri

Kalau sebelum ni Maz & Ustazah yang menjadi model bokeh aku, kali ini aku gunakan koleksi patung mini watak2 kartun kesukaan aku pula sebagai model. Aku dapat idea ni dari watak Danbo yg selama ini cukup sinonim dgn bidang fotografi.


Gambar2 terawal yg aku hasilkan dengan lensa Canon 50mm F1.8 untuk kesan bokeh yg lebih ketara & cun. Masa ni aku tak gunakan lg filter.


Gambar pertama yang dihasilkan dengan menggunakan filter buatan sendiri berbentuk hati.


seterusnya aku hasilkan pula filter berbentuk emping salji, bunga sakura & bintang untuk hasilkan gambar2 ni.


Ustazah (kesan bokeh bentuk bintang) & Maz (daun maple)

Kebetulan Panitia Seni sekolah ada membeli puncher2 pelbagai bentuk sebelum ni. Jadi aku gunakan puncher2 tu untuk hasilkan filter2 kesan bokeh aku ;)

Monday, October 31, 2011

Ramah Tamah Aidilfitri di bulan Zulkaedah

Plan asalnya, kami nak buat 23 Sept, tp sbb ramai cikgu yang tak ada di sekolah waktu tu, kami ubah ke 30 Sept..

Awal2 lg GB dah tanya, aku nak masak ape. Aku gtau lah, puding je kot. Lgpun makcik aku baru je ajar buat puding roti raya hari tu. Cume kali ni aku ubah sikit, buat Puding Roti dgn Epal Hijau. Amik resepi kat lmn web Asian Food Chanel.

Malam sblm majlis, aku mulakan projek aku kat dapur sekolah, lps dak2 asrama habis prep. Percubaan pertama gagal, sbb puding roti tu hancur, & aku cuba untuk kali kedua, baru berjaya. Tp berdebar2 gak, ape la rasanya bila kwn2 cube nti :p

Esoknya, majlis bermula dgn lambat, plus kami semua dah lapar tahap gaban. Sempatlah aku ratah udang butter GB sambil2 amik gambar suasana majlis tu. Layanzz~


Udang butter dr GB, ketupat & sate


Menu dr cikgu2 lelaki- Rendang Minang Cikgu Dini, Pulut Periuk Kera Cikgu Hissam & aku nyer Apple Bread Puding

Sekitar berlangsungnya majlis~



Bermain dengan bokeh (I)

Bokeh? Ape tu??

Dlm fotografi, bokeh adalah kesan kabur, atau kualiti estetika kesan kabur tersebut, yg terdapat pd linkungan luar titik fokus dalam sesuatu gambar.

Kesan bokeh biasanya banyak kelihatan di sekitar latar yg cerah, seperti pantulan cahaya & sumber cahaya, yg mana disebabkan ini ia (bokeh) sering dikaitkan dgn keadaan yg dikatakan td. Walau bagaimanapun, bokeh tidak hanya terhad pd latar yg cerah, kerana kesan kabur terjadi pd semua lingkungan luar titik fokus pd gambar.

Sebagai contoh, Danbo (robot kotak) dlm gmbr di bawah berada di dlm titik fokus, menjadikan ia kelihatan sgt terang, manakala cahaya dr lampu2 yg berada di lingkungan luar titik fokus menunjukkan kesan bokeh, yg mana menjadikan gambar tersebut tampak menarik.


masa mula2 jumpe gmbr ni kt internet, aku tak ada idea langsung sal bokeh ni.. tp serius, aku terus suka gmbr ni smpi jadikn gmbr profil kat FB.. manalah aku tahu, gambar ni ade kaitan dgn 1 ilmu yg bakal aku minat lps ni

Antara lensa yg digunakan untuk menghasilkan kesan bokeh spt ini adlh Canon 50mm F1.8, & Nikon 50mm 1.8. Mulanya, kawan aku Awang yg cadangkan aku utk beli lensa 50mm ni, tapi aku mula betul2 tergerak hati utk beli gak lps tgk gambar yg diambil oleh sepupu aku ms kami brkursus kat Sibu baru2 . Dia n Zetty (rakan guru 1 sekolah) msg2 dah ada lensa tu.



Zetty lah yg ingatkan aku balik sal Gila2 Sale Canon, & cadangkan aku membeli lensa tu sementara promosi 30% tu masih berjln. Ms tu tinggal kurang dr seminggu sblm promosi habis. Aku pnh terjumpa iklan sale tu sblm ni, tp ms tu aku pk mcm tak ade ape pn nk dibeli.



Balik je dr Sibu, & kebetulan aku dah keluar jln2 hari Sabtu tu (meraikan hari jadi Ustazah di Pizza Hut bersama Maz), aku terus ajak mereka ke The Spring pula. & hari tu juga, lps pikir panjang (lbh kurang), aku buat keputusan utk beli lensa 50mm F 1.8 tu di PC Image.


terbeli jugak akhirnye.. hmmm

Kalau lunch nya kami ke Pizza Hut, malamnya kami mkn mlm di Kubah Ria pula. Aku terjumpa bakso yg dah lama aku cari selama ni, & sjk tpengaruh dgn Ketika Cinta Bertasbih, rasa nak makan makanan Indonesia je.. Hehe


Pizza & Bakso

Lps makan, sesi fotografi lak dgn lensa yg baru dibeli.. Ustazah & Maz spt biasa menjadi modelnya. Perhatikan kesan bokeh yg terhasil dr lampu2 di sepanjang jambatan Satok :)



Tak rugi melaburkan duit utk perkara yg diminati apabila kepuasan yg diperolehi tu sukar digambarkan, kan? ;)

Sunday, October 30, 2011

Pertama kali ke SiBu..

19 September 2011



Aku terima surat panggilan kursus bbrp hr lps, kali ni ke Sibu. Dah 2 tahun lebih, aku tak dipanggil untuk menghadiri kursus, & selama hampir 6 tahun di Kuching/Sarawak, inilah kali pertama aku ke Sibu. Sepupu aku yg mengajar di Miri pun turun sekali kali ni.


Pemandangan dari pesawat hawker Mas Wing

Sepanjang 5 hari berkursus, sempatlah kami mencuri2 masa, menghabiskan sepetang berjalan2 dgn ex PK1 kami yg baru je dinaikan pangkat mjdi GB di Sibu.



Tgh mkn2 malam di kafe, dtg geng2 Miri termasuk sepupu aku dr hotel berdekatan. Ape lg, join se'table' la kami. Dia ni pun main kamera dslr mcm aku gakk.



Last day, amik gambar ramai2, cam biasa.. :p

Thursday, October 27, 2011

Photobook~ bila idea & hasrat dpt diterjemahkan

Aku cube ingat blik, mcm mn la aku dpt idea nk buat album kahwin utk Along. Wlpn memiliki dslr, aku bukanlah jurukamera, apatah lg jurukamera profesional untuk majlis perkahwinan, aku beli dulu pun hanya untuk suka2 sbb itu hobi aku.. Tapi hati ni beria2 nak buat gak utk dijadikan hadiah Along. Itupun kebetulan, lepas slesai urusan beli lens ngan speedlite kat digital mall bulan 4 dlu (utk tujuan majlis perkahwinan Along gak), aku terus ke pesta buku di pwtc.. Kat entrance hall, booth pertama & pamplet yg aku mula2 dpt ialah Photobook dr team UPrint.. Masa tu, ia sesuatu yg baru bg aku.

Bulan 8, aku dpt tahu dr FB UPrint buat promosi smpena Hari Raya.. Peluang terbaik utk menyambung kembali projek photobook dgn lbh serius.. Lps majlis Along selesai bln 6 hr tu, projek photobook aku asyik tertangguh sbb sibuk dgn tugasan lain & demam panas yg xkebah2.. Tp ada hikmah juga berlaku mcm tu.. Kalau photobook tu disiapkan lbh awal sblm bulan 8, aku tak kan dpt nikmati potongan harga + - 60%. Mmg berbaloi2 ;)



Aku mulakan dulu dgn album pertunangan Fadilah, adik Along.. Percubaan dlm mengenali sistem perisian yg digunakan untuk menghasilkan sebuah photobook. Menariknye, pelanggan boleh mereka bentuk sendiri design yg di inginkan, mengikut kreativiti msg2. Selesai projek pertama (Album Pertunangan Fadilah), baru aku fokuskan pd pembikinan projek kedua, Album Perkahwinan Along & Fify ;)


Photobook Penyatuan Dua Hati, Fadli & Firdausi dlm pembikinan :)

Selesai kedua2 projek, aku sambung pula dengan projek photobook yang ke3, kali ni untuk Ma pula.. Rentetan dari lawatan aku ke Taman Orkid Kuching sebelum bulan puasa dulu. Ma minat sangat orkid, & idea untuk menghasilkan photobook Himpunan Orkid Untuk Ma ni datang dari Ma sendiri yang mencadangkan agar2 gambar2 orkid yg aku ambil tu di cuci & dimuatkan dlm album. Sbgi alternatif yg aku rasakan lebih menarik, aku pindahkan idea itu kpd photobook.


Projek Photobook Ke3, Himpunan Orkid Untuk Ma

Ok. Dari komen Ma & Along, aku puas hati dengan kualiti photobook yg dihasilkan. Gembira bila Ma & Along happy dgn hadiah tu. Biarpun aku sendiri belum pernah melihat hasilnya sendiri sbb photobook2 tu terus diposkan ke Serdang & Kota Bharu semasa aku menempahnya di Kuching. Tak apalah, balik cuti panjang ni nanti, boleh lah tengok puas2 ;)

Secara keseluruhan, aku mmg puas hati sgt2 bl dpt hasilkan gambar sendiri, & kemudian hasilkan album sendiri. [tangkap gambar + edit + buat photobok + rekabentuk sendiri], & yg selebihnya serahkan kpd Uprint utk mencetak.. Tak tahu nk gambarkan mcm mn perasaan tu

Promosi Raya pun dah habis. Harap2, lps ni ade promosi lain lak yg seumpama ni. Tak tahulah apa projek photobook aku yg seterusnya, berkemungkinan besar, album pertunangan rakan2 yg lain, tak pun, koleksi gambar2 kucing yg aku akn ambil dgn menggunakan dslr.. Masih peringkat idea lg ni.. Bahan pun belum ada. Nampaknye lps ni aku kena lbh rajin & tebalkan muka bt photoshoot kucing2 jalanan .. Hehe.. (>^.^)