Aku cube ingat blik, mcm mn la aku dpt idea nk buat album kahwin utk Along. Wlpn memiliki dslr, aku bukanlah jurukamera, apatah lg jurukamera profesional untuk majlis perkahwinan, aku beli dulu pun hanya untuk suka2 sbb itu hobi aku.. Tapi hati ni beria2 nak buat gak utk dijadikan hadiah Along. Itupun kebetulan, lepas slesai urusan beli lens ngan speedlite kat digital mall bulan 4 dlu (utk tujuan majlis perkahwinan Along gak), aku terus ke pesta buku di pwtc.. Kat entrance hall, booth pertama & pamplet yg aku mula2 dpt ialah Photobook dr team UPrint.. Masa tu, ia sesuatu yg baru bg aku.
Bulan 8, aku dpt tahu dr FB UPrint buat promosi smpena Hari Raya.. Peluang terbaik utk menyambung kembali projek photobook dgn lbh serius.. Lps majlis Along selesai bln 6 hr tu, projek photobook aku asyik tertangguh sbb sibuk dgn tugasan lain & demam panas yg xkebah2.. Tp ada hikmah juga berlaku mcm tu.. Kalau photobook tu disiapkan lbh awal sblm bulan 8, aku tak kan dpt nikmati potongan harga + - 60%. Mmg berbaloi2 ;)
Aku mulakan dulu dgn album pertunangan Fadilah, adik Along.. Percubaan dlm mengenali sistem perisian yg digunakan untuk menghasilkan sebuah photobook. Menariknye, pelanggan boleh mereka bentuk sendiri design yg di inginkan, mengikut kreativiti msg2. Selesai projek pertama (Album Pertunangan Fadilah), baru aku fokuskan pd pembikinan projek kedua, Album Perkahwinan Along & Fify ;)
Photobook Penyatuan Dua Hati, Fadli & Firdausi dlm pembikinan :)
Selesai kedua2 projek, aku sambung pula dengan projek photobook yang ke3, kali ni untuk Ma pula.. Rentetan dari lawatan aku ke Taman Orkid Kuching sebelum bulan puasa dulu. Ma minat sangat orkid, & idea untuk menghasilkan photobook Himpunan Orkid Untuk Ma ni datang dari Ma sendiri yang mencadangkan agar2 gambar2 orkid yg aku ambil tu di cuci & dimuatkan dlm album. Sbgi alternatif yg aku rasakan lebih menarik, aku pindahkan idea itu kpd photobook.
Projek Photobook Ke3, Himpunan Orkid Untuk Ma
Ok. Dari komen Ma & Along, aku puas hati dengan kualiti photobook yg dihasilkan. Gembira bila Ma & Along happy dgn hadiah tu. Biarpun aku sendiri belum pernah melihat hasilnya sendiri sbb photobook2 tu terus diposkan ke Serdang & Kota Bharu semasa aku menempahnya di Kuching. Tak apalah, balik cuti panjang ni nanti, boleh lah tengok puas2 ;)
Secara keseluruhan, aku mmg puas hati sgt2 bl dpt hasilkan gambar sendiri, & kemudian hasilkan album sendiri. [tangkap gambar + edit + buat photobok + rekabentuk sendiri], & yg selebihnya serahkan kpd Uprint utk mencetak.. Tak tahu nk gambarkan mcm mn perasaan tu
Promosi Raya pun dah habis. Harap2, lps ni ade promosi lain lak yg seumpama ni. Tak tahulah apa projek photobook aku yg seterusnya, berkemungkinan besar, album pertunangan rakan2 yg lain, tak pun, koleksi gambar2 kucing yg aku akn ambil dgn menggunakan dslr.. Masih peringkat idea lg ni.. Bahan pun belum ada. Nampaknye lps ni aku kena lbh rajin & tebalkan muka bt photoshoot kucing2 jalanan .. Hehe.. (>^.^)
No comments:
Post a Comment