Bokeh? Ape tu??
Dlm fotografi, bokeh adalah kesan kabur, atau kualiti estetika kesan kabur tersebut, yg terdapat pd linkungan luar titik fokus dalam sesuatu gambar.
Kesan bokeh biasanya banyak kelihatan di sekitar latar yg cerah, seperti pantulan cahaya & sumber cahaya, yg mana disebabkan ini ia (bokeh) sering dikaitkan dgn keadaan yg dikatakan td. Walau bagaimanapun, bokeh tidak hanya terhad pd latar yg cerah, kerana kesan kabur terjadi pd semua lingkungan luar titik fokus pd gambar.
Sebagai contoh, Danbo (robot kotak) dlm gmbr di bawah berada di dlm titik fokus, menjadikan ia kelihatan sgt terang, manakala cahaya dr lampu2 yg berada di lingkungan luar titik fokus menunjukkan kesan bokeh, yg mana menjadikan gambar tersebut tampak menarik.
masa mula2 jumpe gmbr ni kt internet, aku tak ada idea langsung sal bokeh ni.. tp serius, aku terus suka gmbr ni smpi jadikn gmbr profil kat FB.. manalah aku tahu, gambar ni ade kaitan dgn 1 ilmu yg bakal aku minat lps ni
Antara lensa yg digunakan untuk menghasilkan kesan bokeh spt ini adlh Canon 50mm F1.8, & Nikon 50mm 1.8. Mulanya, kawan aku Awang yg cadangkan aku utk beli lensa 50mm ni, tapi aku mula betul2 tergerak hati utk beli gak lps tgk gambar yg diambil oleh sepupu aku ms kami brkursus kat Sibu baru2 . Dia n Zetty (rakan guru 1 sekolah) msg2 dah ada lensa tu.
Zetty lah yg ingatkan aku balik sal Gila2 Sale Canon, & cadangkan aku membeli lensa tu sementara promosi 30% tu masih berjln. Ms tu tinggal kurang dr seminggu sblm promosi habis. Aku pnh terjumpa iklan sale tu sblm ni, tp ms tu aku pk mcm tak ade ape pn nk dibeli.
Balik je dr Sibu, & kebetulan aku dah keluar jln2 hari Sabtu tu (meraikan hari jadi Ustazah di Pizza Hut bersama Maz), aku terus ajak mereka ke The Spring pula. & hari tu juga, lps pikir panjang (lbh kurang), aku buat keputusan utk beli lensa 50mm F 1.8 tu di PC Image.
terbeli jugak akhirnye.. hmmm
Kalau lunch nya kami ke Pizza Hut, malamnya kami mkn mlm di Kubah Ria pula. Aku terjumpa bakso yg dah lama aku cari selama ni, & sjk tpengaruh dgn Ketika Cinta Bertasbih, rasa nak makan makanan Indonesia je.. Hehe
Pizza & Bakso
Lps makan, sesi fotografi lak dgn lensa yg baru dibeli.. Ustazah & Maz spt biasa menjadi modelnya. Perhatikan kesan bokeh yg terhasil dr lampu2 di sepanjang jambatan Satok :)
Tak rugi melaburkan duit utk perkara yg diminati apabila kepuasan yg diperolehi tu sukar digambarkan, kan? ;)
salam... bro..
ReplyDeletenice pic.. oo bru tau bokah 2 apa.. slma ni dgr je.. tq 4 shring.. :)
wsalam, sorry late reply ;p
ReplyDeleteur welcome, Sobri :)
thanks sb singgah~