Aku terjumpa kuih kegemaran aku ni - Baulu Jepun semasa berjalan2 di Kota Bharu smlm. Aku tak ingat sejak bila aku meminati kuih ini, mungkin semasa kecil, tp yg pasti saat itu aku tertarik kerana rupa & inti pes kacang merahnya mirip kuih Dorayaki yg aku kenal dari pembacaan komik Doraemon yg popular semasa zaman sekolah rendah aku. Cuma saiznya sj yg lebih kecil. Aku berandaian kuih ini mungkin saja dihasilkan sejak kemunculan kartun Doraemon di Malaysia sekitar awal 90an, tp menurut ayahku, kuih ini telah ada sejak dia kecil lg. Oh.. Menarik.. Rupanya sblm org kita mengenal Dorayaki melalui Doraemon, kuih ini sudah lama berada di warung2 kopi ;)
- Ketika aku sdg berusaha mengambil gambar kuih ini utk dipaparkan di blog, secara tk sengaja aku menemukan kesan bokeh dr cahaya matahari yg menerobos melalui celahan2 daun & dahan pokok. Titik2 cahaya menghasilkan kesan bokeh yg menarik, biarpun waktu itu aku cuma menggunakan lensa EFS 18-200mm ku, bukan nya EF 50mm yg biasa digunakan oleh aku untuk menghasilkan kesan bokeh yg menarik ;) -
Nice shot !
ReplyDeletebahulu jepun??..tk pnah dgar la..sedap tak??
ReplyDeleterupe baulu jepun ni mcm pau goreng je
ReplyDelete