Balik dr bercuti tahun baru cina bulan 2 baru ni, aku bawakan kacang telang untuk ditanam di sekolah. Terus aku serah kan pada Maz, minta dia saja yg tanamkan. Takut tangan aku ni panas, tak menjadi nanti pokok tu.. Niat utama tak lain tak bukan, sbb nak buat nasi kerabu dgn pewarna asli.. ngeee
Sebaik pokok tu mengeluarkan bunga yg pertama, maka berbunga2 lah hati Cikgu Maz melihatnye.. Harapannya dapat lah secepat mungkin makan nasi kerabu warna biru.. Warna putih, dia tak mahu..
5hb 4..
16hb 4.. Aku patutnya dah balik ke rumah hari tu, sbb hari ni giliran Maz duty warden.. Tp dek kemalasan, rasa nak duk kat sekolah je.. Tak lah sunyi sbb ade budak2 kat asrama.. Balik umah kang, duk sorang2 lak.. Sunyi ler..
Tahu jek aku tak balik rumah hari tu, terus Maz ajak buat nasi kerabu.. Bunga pun dah banyak.. Jadi, pagi tu terus aku telefon Ma di Serdang menanyakan bahan yg diperlukan. Sebelum ni, aku tak pernah buat nasi kerabu ni sendiri. Setakat tolong sikit2 je masa Ma atau nenek buat adalah.. Tp, sekurang2nye aku tahu sikit cara & proses membuatnye.. Resepi je aku tak hafal..
Mulanya aku tak nak buat kerabu kelapa, jd tak lah kelapa kukur masuk dlm senarai barang perlu dibeli pagi tu. Tapi kata Ma, nasi kerabu ape kalau takde kerabu kelapa tu.. Hehe.. Orang bujang, tahu nak buat simple2 jek..
Pagi tu, aku & Ustazah ke Pasar Satok membeli bahan.. Daun kesum, bunga kantan, ikan, kelapa kukur dll.. Jenuh gak le mencari, rupanya banyak juga bahan nak diguna utk buat nasi ni.. Maz dah pesan, dia tak mahu budu, tp sbb Ustazah mahukan juga, aku belilah sebotol, itupun item terakhir yg kami cari! Susah gak nak jumpe benda alah ni kat sini..
Sampai kat sekolah semula, yg pertama aku buat ialah goreng kelapa kukur td.. Maz tolong siangkan ikan untuk dibakar & digoreng celup tepung. Itupun sblm digoreng, kami kukuskan dulu supaya ikan tu empuk.
Lps digoreng, kelapa td ditumbuk, dicampur dgn bawang, serai, isi ikan bakar, gula & garam. Kerja menggaul kesemua bahan diatas di serah pada Maz. Setiap kali mencampurkan semua bahan tu, aku akan jd tukang rasanya. Selagi rasanya tak sama seperti yang dibuat oleh nenek sebelum ni, aku akan tambahkan bahan lagi. Lama gak Maz meramas, sampai lah aku jumpa rasa & aroma yg aku nak kan, baru aku suruh dia berhenti. Biasanya, susah kita nak buat apa yg kita masak sama rasanya dengan yg orang tua kita masak, tapi kali ni, untuk kerabu kelapa ni, kami berjaya! Well blend! Haha ;D
Siap je ikan goreng celup tepung, Maz sediakan pula kerabu ulam2an nya..
Tapi sbb kami tak ada pengalaman memotong daun kesum, aku telefon nenek di Kelantan.. Hehe lawak je tak tahu nak guna bahagian mana daun kesum tu.. Sambil2 borak, nenek tanya aku~ "Sambal tumis budu buat tak?"..
"Errr.. Takde santan, jadi tak buat.."
Serta merta aku kena sound. Nasi Kerabu ape takde tumis budu? Nenek nak ajarkan aku, tapi aku mati2an tak mahu buat sbb takde santan.. Walau apepun yg aku cakap, nenek tetap suruh buat tumis budu.. Degil tul aku ni.. Rupanya nenek nak ajarkan aku buat tumis budu tanpa pakai santan, tp aku lak dok kata takde santan nak buat.. Tu lah.. Pandai sgt tak nak dgr dulu org kata apa.. Hehe :p
Letak je telefon, aku terus blendkan bawang merah, serai & halia.. Tumis di dalam kuali, & campurkan budu setengah botol.. "kalau nak makan ramai2, buat guna sebotol budu" pesan nenek td.. Tp aku masih degil.. Letak separuh jek..
Sambal Tumis Budu
Dekat dua jam lebih buat sepah kat dapur, baru kami selesai memasak. Perut pun dah lapar sbb dr tengah hari tak makan ape2, duk tunggu nasi kerabu jek..
Dah siap!
Kami jemput rakan2 yg berada di sekolah untuk makan sekali.. & paling bestnye, nasi kerabu tu menjadi.. Cuma yg failnye, nasi tu tak jadi biru sbb bahan pewarna asli tak padan dgn beras yg banyak masa ditanak tadi.. Hehe.. kempunan lagi Maz nak makan nasi warna biru kali ni.. haha
Thumbs up! Kelihatan Maz mengurut dada tanda lega di sebelah.. hehe
Jemput makan~
Pss.. Disebakan degil tak dengar cakap org tua, sambal tumis budu tu tak cukup.. Tu lah.. Org dah ckp suruh guna 1 botol, aku gune separuh jek.. Kan dah tak cukup.. & nak tahu tak.. Si Maz yg mulanya eksyen tak nak makan budu, tahu2 suke sambal tumis tu.. Habis licin kami sapu! ngeee
Ngah, baru la tau bunga tu digunakan utk kaler nasi kerabu tu, cam pernah tgk jer....
ReplyDeleteOff topic : Angah, baru la lega mata ma tgk tulisan angah guna kaler bold turquoise tu, jgn guna kaler yg ssh nak baca, hehehe.....mata ma ni kero sket, huhu
hehe.. ok mama.. angah kemalasan nak tukarkan warna sblm ni.. blogger bt hal, weng sikit.. hehe
ReplyDelete