sumber dari Google
Assalamualaikum & selamat petang. Hari ni, sibuk dari pagi Zam & adik ke bandar Kota Bharu mencari kuih muih untuk berbuka & sedikit barang keperluan untuk hari raya. Cuma topup mana mana yang perlu. Keadaan di bandar Kota Bharu, tidaklah terlalu sesak hari ini, tapi memang lumrah di musim cuti perayaan & sekolah ini ia akan menjadi meriah & lebih ramai pengunjung dari hari biasa.
Sekarang ni pun, baru nak bergerak pulang ke rumah. Dah pukul 5.20 petang. Hajat adik, nak berbuka di sini tapi Zam tak mahu. Balik berbuka di rumah satu kewajipan, kerana suasananya lebih meriah dengan ahli keluarga.
PS: Hari hari terakhir Ramadhan.. Cepatnya masa berlalu!
anne suka shopping kat sana, murah!!!
ReplyDeletesamalah kami ;))
DeleteX jem bndar bro.
ReplyDeleteBesa mmg jem time2 raya ni.
Maybe area wakaf che yeh je kot jem nnti.
dop sabo nk kelik ni.
Hehe
banyak kereta, tp trafik ok je lancar
Deletebestnyer...salah satu negeri yang ingin saya nak jelajah belum kesampaian
ReplyDeletejemputlah datang bila berpeluang:))
DeleteTp esok confirm jam. Dah lama x g KB
ReplyDeletepngalaman zam tahun lps, sehari sblm raya mmg sesak!
Deletemmg seronok berbuka dgn keluarga..kasi riuh...:) selamat hari raya bro :D
ReplyDeleteserius zam setuju! hehe..btw thanks, & selamat hari raya to you too bro ;)
Delete