e

Monday, August 5, 2013

Terima Kasih Kerana Begitu Pemurah



Tidak seperti tahun tahun sebelum ini, kali ini Zam ambil banyak kiriman keluarga & rakan yang mahukan Kek Lapis Sarawak sempena Hari Raya. Kebetulan juga kerana kepulangan ke kampung halaman kali ini dengan MAS, jadi bagasi yang diperuntukkan sebanyak 32 kg membolehkan Zam membawa pulang lebih banyak barang bersama. Sebelum ini pulang beraya dengan AirAsia, Zam tak akan pulang membawa banyak barang & kerana bermain dengan bajet, Zam tak akan beli perkhidmatan bagasi yang disediakan oleh mereka.

Kembali pada tajuk diatas, Zam sebenarnya merujuk kepada seorang pengusaha Kek Lapis Sarawak yang merupakan jiran Zam sendiri. Tak sangka selepas membuka 2 bungkusan besar kek lapis yang telah ditempah, Zam mengira ada lebih 2 biji kek lapis darinya untuk Zam. Sebelum bulan puasa, memang pelanggan akan menerima sebiji kek percuma untuk setiap 10 biji kek yang dibeli, tapi tak sangka di bulan puasa beliau akan berbuat demikian juga. Kebanyakan pengusaha lain, belum tentu akan melakukannya kerana tempahan untuk raya terlalu banyak dan mereka hanya akan menghasilkan kek sekadar mencukupi tempahan yang diterima- tiada lebihan untuk diberikan kepada pelanggan. Zam tempah 23 biji kek lapis kesemuanya, jadi dapat 2 biji lagi secara percuma. Thanks! Memang berbaloi baloi membeli Kek Lapis darinya. ;)


Gambar diatas, sewaktu Zam repacking semula kesemua kek lapis ke dalam sebuah kotak yang lebih besar. Senang dan memudahkan Zam untuk memunggahnya, memandangkan Zam ada membawa pulang banyak lagi barang bersama. Si Ah Keng, kebetulan ada sewaktu itu. Ikutkan hati, nak je bawa dia balik sekali ke semenanjung. Hehe.. 

Oh ya.. Selain kotak kek diisi dengan kertas surat khabar, Zam tambahkan lagi kusyen udara untuk mengelakkan kek rosak akibat tekanan bagasi penumpang lain. Bukan apa, Zam selalu dengar cerita rakan yang memberitahu kek mereka yang diletakkan di ruangan bagasi rosak akibat dihempap/ditindan bebanan bagasi lain atau disebabkan kotak mereka dicampak sewaktu kerja memunggah dilakukan oleh petugas. Walaupun meletakkan sticker fragile, kejadian campak mencampak itu masih berlaku. Zam sendiri pernah melihatnya. Jadi, berbekalkan kusyen udara dan sticker fragile yang dihasilkan sendiri, Zam tawakal. Risau juga kerana kesemua kek itu kepunyaan orang lain. Alhamdulillah, sewaktu mengambilnya di ruang tuntutan bagasi, kotak tersebut masih dalam keadaan elok.. Lega!

PS: Siapa nak merasa kek lapis ni, jom lah beraya di rumah Zam ya ;)

9 comments: