e

Showing posts with label Bercuti Ke Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Bercuti Ke Kelantan. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Pulang Bercuti Ke Kelantan

Cuti sekolah pertengahan semester pertama, macam biasa Zam akan pulang ke semenanjung dari Kuching. Dan bila berada di semenanjung, Zam akan bahagikan hari untuk bercuti di Selangor dan Kelantan. Kali ini, Zam gunakan 4 hari yang ada untuk bercuti di Kota Bharu.

Zam pulang dengan bas ekspress. Dan gambar pertama ni Zam ambil di kawasan Stesen Bas KB.


Awal pagi kan, jadi perut ni dah lapar, Zam ke Pasar Siti Khadijah dulu untuk beli sedikit kuih muih. Tahu apa nama kuih kat bawah ni?


Sunday, December 21, 2014

Jalan Jalan Makan Udang Besar

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hari ini, cuaca cerah di Kota Bharu selepas hujan sejak semalam, jadi Zam keluar ke bandar berjalan jalan. Walaupun hujan renyai renyai selepas itu, namun tidaklah lebat sehingga mengganggu program Zam.

Zam juga bawa 2 anak buah Zam bersama. Puas la mereka seharian berjalan jalan sambil shopping barang permainan. Apapun yang penting, Zam dapat makan udang besar hari ni, macam dalam status FB Zam tu.

Wednesday, September 17, 2014

Balik KL Malam Ni

Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni, Zam pulang ke KL lepas menghabiskan cuti 5 hari di Kelantan. Baki 4 hari lagi, Zam akan habiskan di Serdang pula, rumah parent Zam. Di Kelantan ni, rumah grandparent Zam.

Rasa macam kejap je cuti 5 hari, tapi Zam puas hati sebab masa terisi dengan baik. Harap 4 hari yang masih bersisa ini pun akan dipenuhi dengan aktiviti menarik. Insya Allah.

Tuesday, September 16, 2014

Ikan Talapia Bakar Untuk Santapan Hari Ini

Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni merupakan hari ke empat Zam di Kota Bharu. Macam biasa, asal balik ke kampung halaman, macam macam menu menarik boleh dicuba. Contohnya tengah hari tadi, kami sediakan ikan talapia bakar ini untuk makan tengah hari. Pakcik yang menjadi guru di kawasan pendalaman Pahang yang bawakan ikan ini, yang diternak di dalam sangkar sungai. Alhamdulillah, ikan ni tak ada bau yang tak menyenangkan.


Istimewanya cara masakan kali ini, dengan menggunakan dapur tanah liat yang khas dibuat untuk tujuan memasak secara membakar ni. Walaupun ada dapur gas dan pemanggang ajaib, kaedah lama ini juga yang menjadi pilihan. Daun yang digunakan tu, ialah pucuk daun kunyit.

Monday, September 15, 2014

Kalau Zam Buka Gerai Makan Nasi Ulam


Assalamualaikum dan selamat pagi. Petang semalam, selepas teman Ma pergi tengok batik, Zam ajak makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu. Memang perut dah lapar masa tu. Sampai di sana, walaupun dah mendekati pukul 2, orang masih berpusu-pusu datang nak makan.

Apa keistimewaan tempat makan ni? Sampai diserbu orang ramai? Sedangkan menu nya biasa biasa saja?

Saturday, September 13, 2014

Makan Nasi Sampai Bertambah 5 Kali

Assalamualaikum dan selamat petang.

Awal pagi tadi, alhamdulillah Zam selamat sampai ke Kota Bharu dari Serdang. Sampai je di kampung, Zam bersarapan dengan menu orang kampung, Ikan Singgang Goreng dengan nasi putih panas panas. Sebab terlalu suka, sampai 5 kali Zam tambah nasi. 5 senduk la kiranya. Selera kampung macam ni, memang kesukaan Zam.

Tapi lepas tu, terus bekerja.  Bersihkan sekitar kawasan rumah, susun meja dan kerusi batu di laman depan, sambung meembersihkan kawasan sekitar, kait buah kelapa, menyabit rumput untuk diberi makan kepada biri biri, dan akhir sekali mengemop lantai. Memang terasa penatnya sebab dari pagi sampai ke tengah hari, Zam bekerja tanpa sedar.

Apapun lepas tu, segarkan badan ni dengan air kelapa yang dihidang bersama ais. Memang terbaik dari ladang ;)

Friday, June 6, 2014

Bila Dahaga, Tak Mau Minum Air Biasa Biasa

Kepanasan- Balik dari solat Jumaat di bandar KB, tekak ni terasa haus semacam je.. Jadi terasa sangat nak minum air yang best best. Taknak minum air seringgit tu sebab tak puas minum, alang alang haus baik beli yang mahal sikit.

Kalau minggu lepas di masjid Muhammadi, selepas solat Jumaat Zam sempat beli air yang dijual di gerai jalanan.. Ingatkan susu atau soya, bila minum baru tahu minuman yogurt, campur sirap sikit, memang best ar. 

Tapi kat area Zam solat hari ni tak ada jual air yang macam tu.

Slurpee 7E dah biasa sangat, jadi Zam tak mahu. 

Yang Zam nak, cuma Cool Blog. Tak lah mahal sangat, RM2.80 je tapi berbaloi sebab ais dihancurkan bersama air. Lambat habis bila diminum. Rasa pun lebih best, jadi rasa berbaloi minum.


Saturday, May 31, 2014

Rumah Dah Mula Ramai Dengan Orang


Assalamualaikum semua.

Pulang ke kampung ni, sebenarnya sebab keluarga Zam nak buat kenduri. Jadi sejak semalam lagi, rumah dah mulapenuh  dengan sanak saudara yang datang menolong. Bila ramai macam ni, memang terasa meriahnya. Riuh rendah la.. Sekali sekala, memang seronok macam ni.

Friday, April 4, 2014

Satu Masa Dulu, Macam Ni Lah Zam


Baru- baru ni waktu pulang ke Kelantan bercuti dengan anak buah, antara aktiviti kami ialah mengikut datuk Zam ke belukar di belakang rumah. Kerja datuk, biasanya menebas membersihkan kawasan tersebut, sambil merumput untuk diberikan kepada biri-biri peliharaan. Sepupu dan anak buah Zam, cuma mengikut untuk suka-suka, sambil tolong tolong membersihkan sama. Zam pula, ambil-ambil gambar, dan tak ketinggalan mengait buah kelapa untuk dibuat coconut shake.

Bila tengok gambar kat atas, teringat zaman Zam kecik-kecik dulu.. Macam ni lah Zam dan adik beradik, mengekor datuk ke kawasan belukar untuk bermain :)

Friday, March 28, 2014

Hari Ini Jamu Saudara Mara Dengan Coconut Shake Pula


Assalamualaikum & selamat tengah hari. Kalau semalam Zam buat Root Beer Float, kali ni Zam buat Coconut Shake pula atas permintaan sepupu. Kebetulan banyak buah kelapa kali ni, jadi selain diminum segar macam tu, memang Zam suka buat Coconut Shake ni. Gambar dalam dulang tu, dah habis sebenarnya, jadi Zam buat pula batch kedua untuk diminum selepas Jumaat ni ;)


Thursday, March 27, 2014

Baru Dapat Update Blog Sebab..


Assalamualaikum dan selamat petang. Dah pukul 3.30 petang, dan Zam baru sempat menulis entri untuk hari ni. Sebabnya, dari pukul 9 tadi Zam ke Kota Bharu, dan singgah banyak tempat membeli belah. Kemudian, Zam ke Bazar Tok Guru untuk makan tengah hari, sebelum sambung perjalanan ke Tesco. Sekarang baru nak balik ke rumah. Dan keadaan di bandar tadi memang jam teruk.

Wednesday, August 14, 2013

Aku Ada Satu Penyakit Kronik Sejak Kecil



Assalamualaikum & selamat pagi. Entri sempena hari terakhir bercuti di kampung halaman~ Kota Bharu. Malam ni, Zam akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Sejak kecil, Zam selalu pulang ke Kelantan setiap kali cuti, dan sebab sukakan sangat negeri kelahiran Zam ni, Zam akan rasa tak best je bila kena berangkat pulang.

Impiannya nak bina kehidupan disini, apapun Zam perlu fikirkan banyak perkara dahulu sebelum itu. Insya Allah, harap semuanya selesai dengan baik sebelum Zam pindah ke Kelantan.. Aminn!

Tuesday, June 4, 2013

Hari Terakhir Di Kota Bharu


Assalamualaikum & selamat malam. Cepat betul masa berlalu, & dah masuk 12 hari Zam berada di Kota Bharu sempena cuti sekolah ni. Malam ni, Zam akan bertolak pulang ke Serdang untuk menghabiskan baki lagi 5 hari cuti di sana, sebelum pulang ke Kuching Ahad ni.