e

Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Cuti Sekolah. Show all posts

Monday, December 21, 2015

Buaian Dari Pokok Duku



Assalamualaikum readers

Dalam meluangkan masa cuti sekolah ni, sempat lah tengok datuk Zam siapkan buaian untuk cucu-cucu dan cicitnya ni. Sebenarnya buaian dibuat atas permintaan salah seorang dari mereka. Sebab ramai juga yang nak naik, jadi dibuat tempat duduknya panjang.

Buaian ni dibuat dari kayu-kayan dari rumah lama yang masih kuat, dan kalau perasan, kayu yang melintang diatas buaian tu sebenarnya dibuat dengan batang pokok duku. Sebab bentuknya yang hampir seragam dan silinder, maka ia sesuai digunakan untuk membolehkan tali berayun dengan lancar.

Sebenarnya sejak zaman Zam kecil lagi, datuk akan buatkan buaian untuk kami adik beradik. Masa tu, di sekeliling rumah ada pokok yang berdahan kuat dan kukuh, jadi buaian digantung di situ. Cuma sekarang tiada lagi pokok yang sesuai dijadikan tempat untuk menggantungkan tali buaian, jadi dibuat dengan cara ini :)

Saturday, December 19, 2015

Cikgu Tukar Kerjaya Masa Cuti Sekolah Panjang

Assalamualaikum readers.

Pagi Sabtu ni nak kongsi entri santai satu. Masa cuti sekolah panjang ni, biasanya guru-guru akan bertukar profession. Maksudnya, tugas mengajar mereka bertukar dengan tugas yang lain. Nak tahu tak? Haa.. Ini antaranya:

1) Driver Kepada Isteri
Masa macam ni lah, para isteri akan demand lebih sikit.. Cik abang cuti kan.. Jadi bolehlah bermanja-manaja & rileks minta suami hantarkan isteri pergi kerja setiap hari. Ini kawan-kawan Zam sendiri yang cerita.

2) Suri rumah sepenuh masa
Tak kira cikgu lelaki atau cikgu perempuan. Masa macam nilah digunakan sepenuhnya untuk menjaga dan mengasuh anak-anak yang turut sama bercuti. Buat kerja-kerja rumah seperti mengemas dan memasak lebih banyak dari hari biasa.

3) Bibik
Haa.. Yang ni Zam.. Sebab Zam ni bujang lagi, jadi waktu cuti ni memang kena jaga anak-anak buah. Okey je layan kerenah diorang ni, tapi garang tu memang terbawa-bawa dari sekolah lagi. 

4) Buat bisnes sampingan
Ada yang jadi jurukamera perkahwinan masa cuti ni, dan ada juga yang ambil tempahan buat kek. Apapun, kerja yang dilakukan adalah untuk suka-suka dan dijadikan sumber pendapatan sebelum sesi persekolahan dibuka.

Kenal cikgu ni?

Friday, March 21, 2014

Sepatutnya Zam Pulang Ke Semenanjung Hari Ini, Tapi..

Assalamualaikum & selamat tengah hari semua.

Berbunyi saja loceng tamat sesi persekolahan hari ini tadi, makan bermulalah cuti sekolah pertengahan semester pertama bagi murid-murid. Dan dengan ini juga, sepatutnya Zam antara yang teruja sebab kebiasaannya, Zam akan pulang ke semenanjung dengan penerbangan pada hari Jumaat. 

Memang Zam tak akan tunggu lama-lama sebab tak sabar nak balik, tapi memandangkan Ahad ni Zam nak menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan guru, jadi Zam tangguhkan dulu kepulangan hari ini. Tambahan pula, ada assignment OUM yang masih belum disiapkan, jadi Zam kena siapkan dulu dan hantar kepada tutor sebelum pulang Ahad ini.


Friday, June 7, 2013

Melayan Anak Buah Di Musim Cuti Sekolah



Musim cuti ni kalau di Serdang, kadang-kadang Zam akan luangkan juga masa melayan anak buah di rumah. Biasanya, sediakan sarapan & ajak mereka makan sekali. Selera budak-budak ni tak menentu, jadi benda paling mudah disediakan & menepati selera mereka ialah daging burger goreng. Beberapa hari ni, itulah yang Zam sediakan. Tapi tak boleh salah buat, semalam bila diletakkan bersama keju, mereka tak mahu makan. Terpaksalah kikis balik keju cair di atas daging tu. Padahal, keju dalam pizza hut boleh pula makan.. Mengada betul

Waktu merayau di Downtown Mines semalam, Zam terjumpa model-model Ultraman ni. Memang kegemaran si abang, jadi Zam belikan. Yang Ultrawoman tu, untuk si kakak. Tak tahu nak beli apa dah untuk dia kat kedai tu. Hentam sajalah :p


Itu serba sedikit kisah Zam melayan anak-anak buah. Ibu bapa di luar sana tentu ada cara yang sama atau berbeza dalam melayan anak-anak mereka sebagai pengisian masa di musim cuti sekolah ini, kan :)

Tuesday, June 4, 2013

Hari Terakhir Di Kota Bharu


Assalamualaikum & selamat malam. Cepat betul masa berlalu, & dah masuk 12 hari Zam berada di Kota Bharu sempena cuti sekolah ni. Malam ni, Zam akan bertolak pulang ke Serdang untuk menghabiskan baki lagi 5 hari cuti di sana, sebelum pulang ke Kuching Ahad ni.

Monday, May 27, 2013

Sibuk Bersiar-siar Di Kota Bharu + Line Internet Slow

Sibuk Bersiar-siar Di Kota Bharu + Line Internet Slow. Itu antara sebab Zam tidak dapat mengemaskini blog dengan sebarang entri sejak pagi tadi. Awal-awal pagi lagi, Zam dah bertolak ke bandar Kota Bharu untuk mengambil adik yang baru saja tiba dari Kuala Lumpur. Lepas tu, Zam teruskan dengan rancangan kami adik beradik menjelajah sekitar pusat bandar mencari sarapan & barang-barang yang diinginkan. 

Dalam pada masa yang sama, Zam perhatikan ramai orang luar yang datang melawat sempena musim cuti sekolah ni. Sampai kami pun dicop sebagai orang luar semasa mencari sarapan, mungkin kerana dari cara percakapan kami yang bercampur-campur (sekejap Kelantan, sekejap speaking KL).. Hehe