Assalamualaikum dan selamat pagi. Petang semalam, selepas teman Ma pergi tengok batik, Zam ajak makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu. Memang perut dah lapar masa tu. Sampai di sana, walaupun dah mendekati pukul 2, orang masih berpusu-pusu datang nak makan.
Apa keistimewaan tempat makan ni? Sampai diserbu orang ramai? Sedangkan menu nya biasa biasa saja?
Haa... Ada masanya, yang biasa biasa itulah yang dicari.. Menu Kampung.. Tambah lagi, negeri Cik Siti Wan Kembang ni memang lekat dah dengan identiti kampung.. Kena sangatlah dengan selera orang bandar yang berasal dari kampung.
Menu- dari ikan keli goreng, ayam goreng, sayur lemak, ikan bakar, budu, belacan, pelbagai ulam-ulaman, tempoyak, ikan singgang, ikan masak asam. Memang biasa. Tapi yang biasa dan bersederhana macam ni lah yang sedap.
Air, boleh beli terus satu jag. Kecil dan besar.
Berapa harga untuk 2 orang makan, dengan apa yang Zam tunjukkan dalam gambar diatas plus sejag kecil teh beng ais?
RM16 je.. Sangatlah murah!
Kalaulah Zam dapat buka gerai nasi ulam macam ni... perggghhhh masyukk!! Nama pun dah Nasi Ulam Cikgu.. Haha berangan!
PS: Kalau nak tengok kemeriahan sebenar suasana Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan ni, boleh singgah ke blog AWEK NI. :)
tempat feberet saya ni..
ReplyDeletesama ar kita ;)
Deletepernah sekali mkn kat situ walaupon dok kb..hihik
ReplyDeletehaha org kelantan mmg tak kisah sgt kn sb ade kt negeri sendiri
DeleteZam...sedapnyaaaaaa. Rinduuu sangat nak makan kat situ. Kalau akak sekeluarga, kami datang seawal pukul 11.00 pagi tau. Brunch namanya tu...hahahahha. Mudah sikit cari parking.
ReplyDeletebrunch ae.. haha mmg terbaik kak!
Deletesedapnya lauk kampung..lagi2 kalau dapat budu tu..yumm2
ReplyDeletebudu yg bangkitkan selera ;)
Deletemakanan yg sihat...
ReplyDeleteentry harini Sah!!! Kudis Buta.
huhu kudis buta tuuuu
Deletewaa..ambe dtg nnt...hihihi
ReplyDeletesilakan ;D
DeleteSedapnya tengok menu tu zam
ReplyDeletezam yg tgk tgh mlm ni pun lpr blik.. hehe
DeleteTengah nak makan ikan jugak ni zam hahaha *terliur
ReplyDeleteadehh lpr rasaaa
Delete