Assalamualaikum & selamat pagi. Entri sempena hari terakhir bercuti di kampung halaman~ Kota Bharu. Malam ni, Zam akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Sejak kecil, Zam selalu pulang ke Kelantan setiap kali cuti, dan sebab sukakan sangat negeri kelahiran Zam ni, Zam akan rasa tak best je bila kena berangkat pulang.
Impiannya nak bina kehidupan disini, apapun Zam perlu fikirkan banyak perkara dahulu sebelum itu. Insya Allah, harap semuanya selesai dengan baik sebelum Zam pindah ke Kelantan.. Aminn!
