Assalamualaikum & selamat malam. Alhamdulillah, selepas berbuka puasa tadi, Zam sekeluarga dah bergerak memulakan perjalanan pulang ke kampung. Kalau tahun tahun sudah Zam selalu pulang dengan Air Asia, kali ini kami menaiki bas ekspress saja dari Kajang ke Kota Bharu. Nak jimat punya pasal. Apapun perjalanan malam ini, memang akan tidurlah sepanjang masa. Rileks je.. Apapun sejak kecil lagi kami kerap berulang alik KL ke KB dengan menggunakan bas.. Kiranya mengimbau kenangan zaman kecil kecil lah ni ;)
Pada anda yang sedang atau akan memulakan perjalanan pulang ke kampung, berhatila hatilah di jalan raya k. Zam doakan perjalanan kita semua selamat pergi dan selamat pulang~ aminnn :)
