Assalamualaikum & selamat tengah hari. Ini sebenarnya kisah semalam sewaktu Zam keluar berjalan dengan sepupu & seorang rakan dari Serdang yang berkunjung ke Kelantan sejak 3 hari lepas. Lepas je lepak kat KB Mall, kami mencari menu yang menarik untuk dijamah untuk makan tengah hari, dan Zam teringat sepupu Zam pernah beritahu ada restoran nasi ulam di bandar KB iaitu di Kampung Kraftangan. Terus Zam mencari di Google untuk dapatkan kepastian, dan bila dah dapat info, Zam tetapkan keputusan untuk makan di sana sahaja.
Tentang pilihan menu yang Zam ambil, ulam boleh diambil sebanyak mana, campur hidangan kuah sayur lemak, ikan keli goreng, ayam goreng bahagi 4, ikan bakar cicah budu, dengan 1 jag air sirap bandung.. Untuk 3 orang makan, sebenarnya ni pun dah lebih dari cukup.. Harga cuma RM19.. Cukup murah ;)
PS: Zam nak belanja makan mereka hari tu, tapi rakan Zam yang datang dari Serdang tu pula yang berkeras nak bayar.. Alhamdulillah :)
PS: Zam nak belanja makan mereka hari tu, tapi rakan Zam yang datang dari Serdang tu pula yang berkeras nak bayar.. Alhamdulillah :)
memang sentiasa ramai kat situ,banyak pilihan lauk juga dan yang penting sedap...
ReplyDeletezam tak sempat nak cuba banyak lg menu, sb tkut tak habis makan :)
Deletemurahnya!!! sedapnyer ikan keli..favourite..
ReplyDeletemmg tersangat murah ;)
DeleteMurahnya..suka lauk2 kampung macam ni
ReplyDeletekan ;)
DeleteMakan kat situ memang best sbb masakan dia pns2 n murah. Setiap kali balik kg akak mmg tak miss bawa mak pegi makan kt situ :-)...org sentiasa ramai silap haribulan kena tunggu turn sbb tmpt duduk penuh...
ReplyDeleteHaa.. itulah yg terjadi kt kmi hr tu
Delete