e

Wednesday, December 25, 2013

Makan Tengah Hari Di Restoran Cikgu Nasi Ulam, Kampung Kraftangan Kelantan.


Assalamualaikum & selamat tengah hari. Ini sebenarnya kisah semalam sewaktu Zam keluar berjalan dengan sepupu & seorang rakan dari Serdang yang berkunjung ke Kelantan sejak 3 hari lepas. Lepas je lepak kat KB Mall, kami mencari menu yang menarik untuk dijamah untuk makan tengah hari, dan Zam teringat sepupu Zam pernah beritahu ada restoran nasi ulam di bandar KB iaitu di Kampung Kraftangan. Terus Zam mencari di Google untuk dapatkan kepastian, dan bila dah dapat info, Zam tetapkan keputusan untuk makan di sana sahaja.

Sampai je di tempat tu, memang keadaan dalam restoran penuh sesak dengan pelanggan yang berpusu mengambil lauk & yang baru datang. Tempat duduk memang tak ada, penuh dengan pelanggan, dan di setiap meja yang pelanggan dan hampir selesai makan, dah ada pelanggan baru yang menunggu. Akhirnya Zam makan di bahgian luar kampung kraftangan yang tersedia lebih banyak tempat duduk dan meja dan lebih luas.

Tentang pilihan menu yang Zam ambil, ulam boleh diambil sebanyak mana, campur hidangan kuah sayur lemak, ikan keli goreng, ayam goreng bahagi 4, ikan bakar cicah budu, dengan 1 jag air sirap bandung.. Untuk 3 orang makan, sebenarnya ni pun dah lebih dari cukup.. Harga cuma RM19.. Cukup murah ;)

PS: Zam nak belanja makan mereka hari tu, tapi rakan Zam yang datang dari Serdang tu pula yang berkeras nak bayar.. Alhamdulillah :)


8 comments:

  1. memang sentiasa ramai kat situ,banyak pilihan lauk juga dan yang penting sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zam tak sempat nak cuba banyak lg menu, sb tkut tak habis makan :)

      Delete
  2. murahnya!!! sedapnyer ikan keli..favourite..

    ReplyDelete
  3. Murahnya..suka lauk2 kampung macam ni

    ReplyDelete
  4. Makan kat situ memang best sbb masakan dia pns2 n murah. Setiap kali balik kg akak mmg tak miss bawa mak pegi makan kt situ :-)...org sentiasa ramai silap haribulan kena tunggu turn sbb tmpt duduk penuh...

    ReplyDelete