e

Saturday, December 28, 2013

Belum Sampai 2 Jam, Zam Dah Rindukan Kelantan



Assalamualaikum & selamat pagi. Alhamdulillah, pukul 9.30 malam tadi, Zam selamat mendarat di KLIA. Sepatutnya Zam sampai lebih awal, tapi disebabkan trafik yang agak sesak di KLIA, juruterbang diminta berlegar-legar terlebih dahulu sebelum dibenarkan mendarat.. Disebabkan tu juga, Zam lewat sikit sampai ke Serdang. Macam biasa, bila sampai Serdang- aktiviti wajib ialah makan malam, borak borak dengan family tentang keadaan di Kelantan, sebelum semua masuk tidur. Cuma Zam masih online sekarang ni sebab rasa bersalah tak update banyak entri semalam (Jumaat).

Tapi Zam tak larat nak tulis panjang-panjang.. Mengantuk sangat dah ni.. Cuma nak kongsikan kisah malam ni secara ringkas.. Tadi, tak sampai 2 jam berada di Serdang, Zam dah mula rindukan Kelantan.. Mungkin sebab teringat tiba-tiba kenangan sepanjang bercuti di sana.. Adoi.. Meroyan la Zam seminggu ni.. Belum lagi balik Kuching.. Dah balik Kuching nanti, lagilah..

13 comments:

  1. Balik la kerap sikit untuk hilang kan rindu.. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah ;)) harap dpt blik slu slps ni

      Delete
  2. seronokkan bila balik kampung...... bila balik semula ke rumah sewa mesti terngiang2 suara ahli family.

    ReplyDelete
  3. Kelantan mmg best.. tanah serendah sekebun bunga..

    ReplyDelete
  4. hhurrmm..orng Klate rupanya...sedap nasi kerabu...terbau2 aromanya

    ReplyDelete
  5. mesti ada orang tersayang di Kelantan yea....

    ReplyDelete
  6. ilek r..miey 6 bule doh dok kk..x kelik kelik ag kelate

    ReplyDelete