e

Saturday, December 28, 2013

Stacy Angie Terbuka Hati Mempelajari Islam

Assalamualaikum & selamat pagi. Baru saja terbaca dari entri UZU di SINI sebentar tadi mengenai pengakuan Stacy Angie yang terbuka hatinya untuk mempelajari Islam setelah menetap di Kuala Lumpur. Dari pergaulannya dengan masyarakat yang majoritinya beragama Islam di sini, beliau mengaku hatinya mula terbuka untuk mengetahui tentang agama Islam. 



Memetik artikel mengenainya yang disiarkan di mSTar

"Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah bagaimanapun berkata, jika suatu hari nanti hatinya terbuka untuk memeluk agama Islam dia mahu keputusannya itu didorong kerana kehendaknya sendiri dan bukan semata-mata kerana ingin berkahwin dengan pemuda itu. Jelas Stacy, soal agama bukan sesuatu yang boleh dipersendakan dan dia sangat menghormati perkara itu. "Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas," katanya."

Ulasan Zam, semoga apa yang Zam harapkan dari berita ini menjadi kenyataan.. Sebagai peminat, Zam doakan yang terbaik..

PS: Dulu Zam tak minat langsung AF, tapi bila kenal Stacy, Zam mula la layan AF tahun tu.. Tapi tahun tu jela.. Tahun lepas tu, terus tak minat AF balik.. Mungkin sebab Zam susah nak minat artis.. Plus, Zam suka orang Sabah masa tu.. Hehe

13 comments: