e

Saturday, October 12, 2013

Bila Anak Buah Menangis, Ajak Dia Memasak Di Dapur


Petang tadi, mungkin akibat tak puas hati tak dapat keluar bermain awal di padang permainan, dia mula berkeluh kesah susah hati. Sudahnya, sampai menangis. Tak senang duduk agaknya tengok kawan-kawan bergasak bebas kat padang. Bukan tak nak bagi, tapi janji padanya pukul 5. Masa tu masih pukul 4, panas, jadi tunggulah biar redup sikit. Mak Zam dah suruh bawa ke dapur, sebab biasanya budak-budak menangis ni sebab lapar. 

Ajak makan di dapur, nasi dan lauk pauk tu tak dapat tarik perhatian dia. Terus berkeluh kesah dan menangis tak puas hati. Bukanlah sampai meraung, biasalah kanak-kanak kan. Jadi Zam cuba alihkan perhatian dia dengan ajak buat burger. Kebetulan, memang ada stok burger Ramly dalam peti sejuk. Bila bagitau nak buat burger, tangisan tu makin reda. Lepas diberi sudip, slow-slow, dia berhenti menangis.. Teralih perhatian pada padang tu ke burger. Haa.. Berjaya jugak teknik tu.. 

Pukul 4.30, selesai makan burger, memandangkan cuaca dah redup, bagi pelepasan dia ke padang. Biar membuas dan bergasak sesuka hati. Balik sebelum maghrib, mood dia dah ok.  Nampak ar puas hati lepaskan tenaga terpendam dia tadi. Budak-budak ni, memang lumrah mereka nak bermain, jadi biarkan saja mereka dengan dunia tu. Bak kata Milo, HAK BERMAIN HAK KAMI :) Hehe

6 comments:

  1. sama la ngan adam khaleef.. pukul 4 dia nak main juga tp dneo mesti tunggu cuaca redup dulu...

    ReplyDelete
  2. tag line milo tu memang mengena sangat kan :)

    ReplyDelete
  3. hahaha , boleh tahan gak teknik nih , menarik , ahahaha !!

    ReplyDelete