e

Showing posts with label Kuih Akok. Show all posts
Showing posts with label Kuih Akok. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Sarapan Pagi Di Kedai, Sambil Menulis Blog Sambil Pekena Akok

Assalamualaikum dan selamat malam.. Ini sebenarnya situasi yang berlaku pagi tadi sewaktu bersarapan di bandar Kota Bharu. Masa ni, Zam tengah sediakan entri Playboy Itu Suami Aku Tonton Online Episod 23.. Sebelum tu, Zam ke Pasar Siti Khadijah, cari kuih muih kemudian singgah ke kedai ni untuk pesan air. Petangnya pula, Zam ke OUM untuk menduduki paper yang kedua untuk semester ni selepas paper pertama hari tu.


Kuih akok ni memang kegemaran Zam.. Kuih no.1 bagi Zam.. Memang terbaik.. Tak perasan sekejap je leh habis.. Tak perasan dah makan berapa biji sebab sedap sangat.. Sambil-sambil buat semua kat atas tu, sempat gak belek-belek buku study ;) Sempoiii~~

Sunday, July 14, 2013

Kuih Akok Untuk Di Bawa Pulang Ke Sarawak



Pukul 2 tadi, Zam ke rumah rakan ayah yang berniaga kuih akok di Bazar Ramadhan Taman Sri Serdang. Tujuannya nak ambil kuih akok yang ditempah semalam sebelum dia bergerak memulakan perniagaan di bazar tersebut. Kali ini, Zam tempah agak banyak kuih akok untuk rakan-rakan di Kuching. Ada yang menyebut-nyebut tentang kuih itu sebelum ini, jadi di kesempatan Zam berada kat Serdang ni Zam belikan.

PS: Kalau nak kuih akok ni dapat disimpan lebih lama, pastikan ia tak disentuh dengan tangan. Kemudian, masukkan dalam peti sejuk. Dalam freezer pun lagi ok, nak makan nanti boleh dipanaskan saja ;)