Zam nak buat surprise party.. Shhh
19hb 2, Zam aturkan satu majlis hari jadi kecil2an untuk salah seorang anak murid Zam disekolah. Selepas solat Jumaat, Zam terus bergegas ke bandar Kuching mencari kek hari jadi & makanan ringan. Cadangnye nak buat time makan malam nanti.
Kek yg Ustazah & Zam beli~
Petang tu, sampai sj di sekolah , Zam minta tolong beberapa org murid untuk mbantu Zam mengatur makanan & membuat persiapan. Sebenarnya takde seorang pun yg tahu sal surprise party ni pd mulanya melainkan Zam & Ustazah jek. Kami buat di kelas Tahun 3. Lps tu bermulalah kerja Zam yang agak memenatkan.. Seorang demi seorang murid yg Zam jumpe berkeliaran, Zam tarik masuk ke dalam kelas tahun 3, sblm mengurung mereka disitu. Sengaja Zam tak pangil ramai2 sbb takut berlaku kekecohan & rahsia terbongkar. Masa tu, murid2 di asrama sedang sibuk menyiapkan diri untuk mandi & makan malam. Mana2 yg dah siap mandi, Zam tarik masuk dulu, senyap2. Untungnye, birthday girl merupakan yg terakhir selesai mandi. Jadi Zam sempat tarik semua rakannya tanpa dia sedari.
Kat dlm kelas Tahun 3, Ustazah siap2 aturkan murid untuk menyambut kedatangan birthday girl tu. Zam pula, ke asrama mengajak dia ke dewan untuk makan malam. Tiba2, Zam pura2 minta dia tolong ambilkan handset Zam yg konon2nye tertinggal di dlm kelas Tahun 3. Berlari lah dia ke arah kelas, & sebaik saja pintu kelas ditolak, bergemalah di seluruh sekolah dgn lagu Selamat Hari Jadi.
Maka terkezutlah dak tu bila dijerkah dgn suara 13 org rakannya yg serentak menyanyikan lagu ulangtahun..
Naseb baik tak pengsan jek ;p hehe
meriahnya birthday party dalam kelas....klassss gitu....
ReplyDeletehehe.. ;) sekali sekala
ReplyDelete