Friday, December 31, 2010
12 kali..
Menu dlm flight terakhir di tahun 2010~ Turkey!
31 hb 12~ Aku berangkat pulang ke Kuching.. Flight malam.. Biasalah, selagi ada masa bersama family sampai ke minit terakhir, selagi tu lah aku akan gunakan.. Kalau bercuti, mmg guna masa semaksima habis! Tp tak leh tangguh2 lg dah.. Esok 1 hb dah mesyuarat kat sekolah.. Kawan2 cikgu dr sekolah lain dah pelik, lewat sgt balik dak Zamani ni.. Biasalah si Zamani ni.. hehe
Menghampiri detik 12 pagi 1 Januari 2011 mengakhiri sisa2 2010, aku masih kat depan imigresen airport Kuching.. Sambil2 tunggu giliran, aku belek2 pasport di tangan.. Terdetik di hati, sepanjang tahun 2010 ni, berapa kali dah lah aku balik jumpa family.. Rasa mcm banyak gak.. Jan, Febuari.... fuh! Nak habis dah muka surat dlm pasport ni di cop! Tak lama lagi kene buat buku baru.. Mana taknye, tahun 2010 saje, 12 kali aku balik! Ratio sebulan sekali! Giler.. Nape aku pun tak perasan nih? haha
Nak dijadikan cite, pegawai imigresen pun sempat belek2 pasport aku.. Lame giler.. Sah.. Dia kira berapa kali aku balik tahun ni.. Mulut dia terkumat kamit bacakan bulan2 buku aku di cop keluar.. Sempat je lak cik adik ni.. Siap berborak dgn dia lg.. Katenye, dia tak penah lak perasan aku sebelum ni (yelah tiap2 bulan balik kan).. Lepas ni, dia akan perhatikan aku selalu.. Dia kata la.. haha.. Tak tau lah kerap ke tak aku balik mcm ni lg lps ni..
「Januari 2010, awal2 tahun dah terbang ke Kota Kinabalu, dr Kuching.. Ma, Abah, Adik ke KK dr KL.. Kami Cuti2 Malaysia.. Febuari, sambung ke Langkawi 3 hari.. Kali ni bercuti2 dgn 1 family.. Yg bestnya, semua dapat berkumpul, tak de sorg pun miss.. Mac, balik lg, jalan2 ke Melaka.. Jun, balik untuk Cuti Pertengahan Tahun.. Julai, aku buat keje gila balik Kelantan diam2 hujung minggu.. Majlis Pertunangan Along & Fify.. Seminggu lps tu, balik lg ke KL untuk Gathering Nubhan FC, tp dibatalkan last2 minit.. balik saje2 je la.. Raya Aidilfitri lak, mesti balik Kelantan.. xmau beraya sorang2 kat Kuching.. hehe.. Oh ye.. 1 minggu sebelum balik bercuti untuk Hari Raya Aidilfitri tu, aku sempat balik ke Serdang dr Kuching.. giler ape kan.. haha.. semata2 nak rasa suasana berbuka puasa dgn family kat Serdang + nak beli DSLR kat Digital Mall Petaling Jaya, aku sanggup balik 3 hari.. Pastu balik Kuching semula.. (Kat Kuching mahal giler DSLR, takde less pun).. Bulan Oktober lepas sebulan raya, aku turun ke semenanjung lg, kali ni untuk Majlis Perkahwinan Dzulq & Izza kat Serdang.. Kawan2 pun tak sangka aku sanggup balik semata2 majlis tu.. Raya Haji pun sanggup balik, beraya di Kelantan 4 hari, sblm balik Kuching semula.. Terakhir sekali, balik bercuti Akhir Tahun bulan 12 ni lah.. erm.. banyak kali gak kan.. haha 」
Sampai umah malam tu, lepak2 atas katil je sambut tahun baru.. Kat luar dah macam perang, bunyi bunga api sana sini.. Dalam hujan lak tu.. Apepun, pagi tu lewat jugak tidur.. Online..
Esok, xsabar nak berikan ole2 dr Kelantan ni kat dua orang anak dara tu.. Beli kat Pasar Siti Khadijah 22 Dis baru ni..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment