Aku buat keputusan drastik Jumaat lepas untuk balik ke KL sempena cuti Tahun Baru Cina ni sementelah kesemua murid di asrama dikerahkan untuk balik. Jadi aku tak perlu bertugas warden!
Isnin 31 Januari, Maz & Ustazah hantar aku ke KIA. Sebelum tu, kami sempat luangkan masa sarapan di KFC.
Pertama kali menaiki Firefly.. Kenape aku perasan, pemandangan dari luar tingkapnya berbeza dengan permandangan sewaktu aku menaiki MAS & AirAsia. Laluan yg berbeza kah? hehe
My first meal with Firefly. Tiada charge tambahan dikenakan untuk makanan & bagasi (20kg)untuk Firefly, tidak seperti Air Asia. Menu pagi tu, Nasi Goreng dgn Sate.
Sampai di KLIA, aku ambil Airport Coach ke KL Sentral, sebelum berjumpa dengan Ma & adik di pejabat. Plan kami lepas tu, SOGO! Aku ada baucer bernilai RM100 yg masih belum digunakan.. Cadangnya nak beli beg sandang dengan baucer tu. Apepun tengok je lah nanti.
Ade lagi promosi SK II ni.. Dulu aku nak belikan untuk Ma set ni, tapi Ma tak nak.. Terlalu mahal.. Tak apalah, ada produk lain yg aku dah tunjukkan pada Ma di pejabat tadi.
Kat bawah, sambil mencari makanan untuk mengalas perut, aku ternampak booth ni. Esok Siti akan berada di SOGO, mulai pukul 12tgh hari ke atas.
Erm, sudahnya, aku tak beli ape2 dengan baucer tu.. Tak berapa minat dgn pilihan yg ada kat sana.. Jadi hari tu aku tak beli apa2 untuk diri sendiri, melainkan barang2 untuk anak2 buah..
Sampai di rumah juga akhirnya.. Keletihan ni, sbb dr Kuching terus ke Sogo..
Kucing sombong ni ade kat depan umah.. Kucing saper ni?
Inilah yg aku tunjukkan pada Ma di pejabat tadi. Sekarang nak diagih2 kan pd saudara2 perempuan aku.
Makan malam lak, ade telur ikan kegemaran aku.. Jarang2 jumpa ni, & baru je semalam aku tengok cerita Belalang kat Ceria. Kisah Batu Belah.. Suka tengok watak maknye si Pekan lakonan Ruminah Sidek.. Berjaya dia bawakan watak kempunan tu.. Sedap kan telur ikan goreng? Hehe
Abang ipar lak datang bawakan sate.. Istimewa gak makan malam hari ni :))
Barang2 untuk anak2 buah~ bekas makan Barbie & Power Rangers.. Yg PR tu, aku beli dgn harga tak sampai RM10 pun.. Elok gak beli keluaran lama sbb harganya jatuh giler2.. Untuk barang permainan anak2 buah, mmg aku suka belikan waktu sale~ berbaloi2 :)
No comments:
Post a Comment