e

Monday, April 25, 2011

Pulang ke KL semata mata untuk..

Jumaat 22/4



Nekad~ aku balik gak KL petang Jumaat tu. Tiket dah beli seawal Isnin lepas. Sbb aku balik? Ade misi nak diselesaikan.. Mcm xtenang je kalau xselesai dgn segera.. hehe.. Lagipun sekolah kami cuti 4 hari~ Jumaat 22hb sampai Isnin 25 April..

Sabtu 23/4

Banyak plan dah disusun untuk hari ni. Dari Digital Mall di Petaling Jaya, kemudian ke Pesta Buku di PWTC & akhirnye ke Sogo. Apepun, pagi tu aku ikut Abah joging dlu di UPM. Kemudian beli sarapan di gerai yg menjual pelbagai masakan & kuih muih pantai timur.. Salah satunye kuih faveret aku nih, tak tahu namenye ape, berintikan kacang merah.. Kuih Peria kut, sbb rupenye mcm tu.. hehe



Seperti yg dah dirancang awal2, aku ke Digital Mall dulu.. Inilah sbb nye aku beria2 nak balik KL minggu ni.. Sejak hari Isnin lepas, fikiran & fokus aku terarah ke sini..



Aku nak beli aksesori DSLR :))

Ok. Aku tahu akan ade yg tanye. "Kenapa perlu bersusah payah ke KL semata2 untuk membeli aksesori tu? Kat Kuching tak de ke?"

Dulu pun aku sanggup balik KL 3hari semata2 untuk beli DSLR kat sini.. Kenapa ye.. :) ?

Kalau diikutkan harga retailnya, sama saja di mana2, xkira samada di KL atau di Kuching (untuk senarai harga, leh klik laman web Canon Malaysia ).. Tapi dr ape yg aku survey, HARGA di Digital Mall adalah antara yg termurah dari mana2 tempat di Malaysia. Adakalanya ia sama murah dengan atau lebih murah dr harga PC Fair.

Ok2.. Memang aku tak pernah ambil kisah ttg hal nak tambah aksesori semua ni.. Ada gak kawan yg cadangkan aku beli lensa yg lebih panjang, tapi tak pernah lak aku endahkan.. Tak terfikir pun.. Lagipun akan libatkan kos yg mahal gak.. Entah mcm mana, tetibe aku leh berubah fikiran.. Aku mula berangan untuk dapatkan 1 lensa baru, speedlite & battery grip.. Yup, semuanya bermula dgn angan2.. Kemudian angan2 tu jd serius bila aku hadiri Bengkel EOS di Kuching. Dah jadi impian yg mahu tak mahu mesti ditunaikan!

Aku mula mencari dgn serius lensa yg aku inginkan, sesuai dgn panjang zoom (focal length) + bajet termasuk speedlite & battery grip.. Tapi aku terpaksa lupakan dulu battery grip memandangkan bajet yg menghampiri RM4k.. Aku fokuskan lensa+speedlite buat permulaan. Jd, akhirnya aku shortlist kan 2 aksesori tu~ EFS-S55-250mm + 430EX II



Aku dpt tahu lensa yg harga asal nya RM1000 tu dijual dgn harga RM950 di sebuah kedai di Satok. Begitu juga dgn speedlite yg dijual dgn harga RM 1099 berbanding harga sebelum promosi iaitu RM1320. Tawaran yg menarik, tapi aku tak tergesa2 untuk membelinya kerana PC Fair akan berlangsung di Kuching dari 6~8 Mei & aku berharap harganya akan jatuh lebih rendah waktu tu.

Tapi fikiran tu berubah bila aku dpt tahu wide angle bg lensa EFS-S55 tidak selebar siri EFS-S18.. Aku mula terfikir untuk dapatkan lensa lain yg lebih lebar, tp harganya pula yg agak 'mengganggu'.. Sah2 bajet asal aku akan melambung naik.. Tp bila difikirkan ttg jangka masa panjang (dgn mengabaikan pilihan no.1 [gambar di bawah] atas dasar wide angle nye yg lebih kecil berbanding no 2 & 3), pilihan ke 3 dgn focal length 200mm lebih berbaloi untuk dimiliki berbanding pilihan ke 2 dgn focal length 135mm.. Mmg lah pilihan ke 3 lbh mahal berbanding 2, tp dah alang2 kan, dr ambil yg pendek focal length nye baik aku ambil yg panjang terus.. Tp bab harganya tu lah xtahan ;(

Senarai harga di Kuching (mengikut harga semasa yg disyorkan oleh Canon Malaysia) :-



Keliru untuk buat pilihan disebabkan bajet yg dah lari, aku buat keputusan untuk hubungi DY Divine di Digital Mall Petaling Jaya untuk bertanyakan harga lensa EF-S18-200mm.. Selain itu, ade 1 lagi isu yg buatkan aku terpaksa reset semula plan aku. Dr pengedar yg bakal menyertai PC Fair di Kuching tu nanti, aku diberitahu yg promosi harga hanya akan diberikan pada dslr, tidak pada lensa. jadi, cadangannya, kalau lah harganya lebih murah dr yg aku survey di Kuching, aku sanggup turun ke KL membelinya. Mulanya aku tak berharap sgt harganya akan lebih murah dr yg dijual di Kuching, tp sebaik sahaja mendengarkan jawapan mereka, terbelalak mata ni dibuatnya!



Harga bg EF-S18-200mm di DY Divine adalah lbh murah dr yg aku sangkakan! Dari RM2488, harganya turun sebanyak RM689, menjadikannnya RM1799. Tp harga yg aku perolehi semasa ke sana utk membelinya, turun sbnyk RM99 lg, jd aku dapat memilikinya dgn harga [[RM1700]].. Harus dah aku tersenyum puas :))



Begitu juga dgn speedlite 430EX II, harga promosi yg ditawarkan di Kuching masih xdapat menandingi harga di sini. Dari RM 1320 kemudian RM1099 di Kuching, aku dapat membelinya dgn harga RM999 yg kemudiannya turun kpd RM990 di DY Divine (9 rgt dikurangkan di saat2 terakhir.. 9rgt pun, msh duit kan.. hehe)

Jadi..! Kepulangan aku ke KL minggu tu benar2 berbaloi buat aku. Biarpun terpaksa membeli tiket kapal terbang ke KL dr Kuching (Firefly, return RM177) ia masih dikira sgt murah berbanding aku membeli kedua2 aksesori itu di Kuching. Serius! ;D


ada sbb mengapa harga di pasaran KL jauh lbh murah berbanding Kuching. Selain persaingan yg lebih bnyk di KL, harga item dikurangkan mengikut tahun ia dikeluarkan. Makna lain, di KL, barang lama dijual dgn harga yg murah manakala di Kuching, harga barang lama masih mengikut harga asal.

(Patutlah di sebuah kedai di Kuching, dgn pembelian lensa EF-S 55-250mm yg berharga RM1000, pelanggan akan diberikan satu filter percuma.. Mana tidaknya, di KL harganya baru RM799 :p )



Sebaik saja selesai urusan di Petaling Jaya, aku ke Pesta Buku di PWTC. Lama aku habiskan masa di sini mencari2 buku untuk diri sendiri & family. Aku dapat tahu ttg pesta ini pun dr rakan di FB, & dah kebetulan pula aku berada di semenanjung waktu ni, semestinya aku tak lepaskan peluang untuk kesana, kan.. :)



Destinasi terakhir selepas puas meronda2 di Pesta Buku adalah Sogo. Aku sebenarnya dah lama nak belanjakan shopping vaucer yg aku dapat bila aku tukarkan mata ganjaran kad kredit di Sogo. Kalau dibiarkan lama2, nati tamat lak tempoh setahun sah laku vaucer tu..



Iklan jap.. (dr botol air yg aku beli di pasar Seni sebelum ke Digital Mall..)



Balik je rumah, Ma dah sediakan pulut dgn pengat durian.. Beshhh!! Aku pun lapar tak makan ape2 sepanjang kat luar td.. Bz!



Ahad 24/4

Aku tak kemana hari Ahad tu.. Keletihan sejak semalamnya sbb kuat berjalan ke sana ke mari. Jd aku habiskan masa bermain dgn anak buah di rumah sambil berehat.

Malamnya, aku ke rumah kakak di Putra Jaya, tumpang bermalam sebelum esoknya aku ke KLIA dgn ERL. Mengantuk, tp tahan mata jap sbb nak mengedit gambar.. Hari tu, walaupun esoknya aku harus bangun awal, lewat gak aku tidur.. Kalau lewat bangun, haru lah



Isnin 25/4

Seawal pukul 4 pagi, aku dah bangun. Bersiap. Pukul 5.50, dah terpacak kat stesen ERL Putra Jaya. Flight ke Kuching pukul 7.10 pg.



& aku masih mengantuk.. huaarrghh.. ;p

4 comments:

  1. Gegeh tol Angah ni...
    Tapi kalo berbaloi xpe...
    Kalo ma mau 3 ari letih xilang...

    ReplyDelete
  2. hehe
    angah over exited kot
    ngeee X)

    ReplyDelete
  3. Along~ hehe.. Mmg berbaloi! ;))

    ReplyDelete