e

Tuesday, January 3, 2012

Please, janganlah macam tu..



Hari ni, aku perhatikan ramai yg memperkatakan ttg satu isu hangat mengenai seorang pelajar wanita kita di luar negara. Ya, agama & budaya kita memandang isu ini sbg sesuatu yang taboo, aku tidak menyangkal, cuma persoalan yg ingin aku timbulkan, wajarkah kita bertindak mempamerkan gambar2 pelajar itu untuk ditonton oleh org ramai? Bukankan tindakan itu seperti menampakkan lagi aib nya & kita seolah2 mengumpatnya?

Sabda Rasulullah Sallallhu ’alaihi wasallam yang bermaksud:

“Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat.
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

"Tiada seorang yang menutupi aurat( keaiban) orang di dunia, melainkan Allah akan menutupi keaibannya di hari kiamat." (Hadis riwayat Muslim

Memetik status salah seorang rakan ku di FB:

"Hati manusia amat mudah dibolak balikkan. Seperti buih air yang dijerang, cepat ia naik tinggi, cepat juga ia turun. Kita sentiasalah doakan untuk ketetapan iman kita. Baik sekarang, tidak semestinya baik sehingga akhir hayat. Jahat sekarang, tidak bererti jahat sehingga ke akhir hayat. Jangan cepat menghukum dan memandang rendah apabila kita melihat sahabat seagama kita tersasar. Mungkin kita sekarang baik kerana belum pernah diuji berada dalam situasi yang sama dgn sahabat yg tergelincir itu. Sebaiknya kita doakannya dan membimbingnya ke arah jalan yang benar.
"Ya muqollibal qulub, thabbit qolbi 'ala dinik"

6 comments:

  1. siapa kita untuk menilai org lain....

    ReplyDelete
  2. manusia..Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak

    ReplyDelete
  3. kalau niat utk menjatuhkan org tu x boleh la.. tp kalau utk jdkan pengajaran bg yg lain.. ok je . saya rasa..

    ReplyDelete
  4. Pendapat org, berbeza kan.. appn, niat tidak meghalalkan cara- ini pendapat sy lah.. Btw thanks sbb sudi singgah ('',)

    ReplyDelete
  5. sangat terkesan. memang lah takde join pun buat entry pasal org tu tp banyak gak tengok pasal tu. ini sama halnya mcm 'melody' entahlahh , harap sama2 jadikan pengajaran. semua org buat silap. termasuklah kita.

    ReplyDelete