e

Saturday, February 25, 2012

Mereka Insan Yg Berbahagia Minggu Ini :)

Minggu ni, ramai di kalangan artis yg menempuh hari2 bahagia mereka. Jadi dalam entri kali ni, Zam tampilkan kembali antara sorotan & petikan mengenai kisah mereka yang Zam kumpulkan dari Gua.Com.


-Misha & Firos-
21 Februari 2012-


"Perkahwinan Misha dan Firos dirancang berlangsung pada tahun ini juga. Kehadiran Firos ternyata bakal melengkapkan keluarga kecil dibina Misha bersama anak angkat tersayang Adam Emir. Berkenalan dengan tunangan Misha Omar, Firos merupakan seorang Juruterbang syarikat Penerbangan MAS dan saling mengenali lebih kurang lima tahun lamanya."

"Kisah cinta mereka berdua pernah mendapat liputan tetapi dikatakan terputus ditengah jalan. Namun, Firos ternyata jodoh buat Misha dari Allah lalu mereka akhirnya mengambil kata sepakat untuk bertunang. Sekali gus menamatkan jua gosip tersebar mengatakan Misha sudahpun berkahwin dan bermadu dengan dua lagi isteri seorang ahli perniagaan. GUA seperti mana peminat Misha Omar mengucapkan sekalung tahniah kepada pasangan baru bertunang itu."


Lisa & Yusry
-23 Febuari 2012-



"Awal-awal lagi kami telah buat keputusan untuk mengambil serius dengan perhubungan kami. Bukan try and error. Apabila perhubungan kami sampai ke tahap ini, sudah pasti saya rasa gembira dan bersyukur. Bagaimanapun, saya juga berasa agak sebak kerana terkenangkan arwah ayah yang sudah tiada,” ujar Lisa sambil menggenggam erat tangan Yusry."


Anna Raffali & Ahmad

-25 Februari 2012-


"Selepas menyulam kasih selama tujuh tahun, hubungan cinta yang dibina penyanyi Ana Raffali dengan pengurusnya Ahmad Aznaim Abdullah akhirnya dimeterai dengan ikatan suci perkahwinan. Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz, di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, jam 11.55 pagi tadi."

Aku mcm dapat bayangkan kegembiraan yang dirasakan oleh setiap pasangan pengantin saat mereka sah di ijab kabulkan, walaupun aku sendiri belum pernah merasainya. Bahagia je kan..

6 comments:

  1. walaupun saya tak minat artis, hhmm.. tapi saya tetap harapkan phubungan mereka berkekalan :) amin ^^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. sejok tgk diaorg dah kawen haha..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. at least tk la gembar-gembur sgt dgn gosip ber-couple semua last2 tk jadi kahwin. hrp diorang buat majlis resepsi secara sederhana je la ;D

    ReplyDelete
  4. moga berbahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete