e

Wednesday, February 22, 2012

Misha Omar di Majlis Pertunangan



KOTA BHARU 21 Feb. - Penyanyi popular Misha Omar, 30, selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang juruterbang, Firos Ezzwan Rossly, 30, dalam satu majlis tertutup di rumah keluarganya di Kampung Guchil Bayam di sini hari ini.

Majlis pertunangan tersebut sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai status diri penyanyi itu yang popular dengan lagu 'Bunga-bunga Cinta'.

Cincin pertunangan disarungkan sendiri oleh bakal ibu mertua Misha, Asmah Kenin. Pada majlis tersebut, Misha yang anggun mengenakan persalinan baju kurung klasik berwarna biru rekaan Syaiful Baharim, menerima lima dulang hantaran dan membalas jumlah sama kepada pihak lelaki.

Ketika ditemui Misha memberitahu, tarikh pernikahan mereka belum ditetapkan, namun menjelaskan bakal diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

"Firos menepati segala ciri yang saya impikan daripada seorang lelaki. Selain cinta yang tulus, Firos juga mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, selain rapat dengan anak (angkat) saya, Muhammad Adam Emir.

"Hubungan rapat mereka membuka pintu hati saya menerimanya sebagai bakal suami. Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan lelaki yang begitu memahami perjalanan hidup saya," katanya.

Misha turut berharap semua peminat mendoakan impiannya untuk bergelar isteri terkabul.

"Bukan niat saya mahu menyembunyikan berita gembira ini dan memohon maaf sekiranya ada pihak tersinggung atas keputusan diambil. Saya cuma memenuhi permintaan kedua belah keluarga yang mahukan pertunangan ini dilakukan secara sederhana dan tertutup.

"Insya-Allah perkahwinan kami akan dilangsungkan dalam tahun ini juga tetapi tarikhnya belum ditetapkan lagi," kata Misha lagi.


[sumber: UM]

10 comments:

  1. wahhhh pilot la....sama cntik sama padan...alhamdulillah , moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat..amin

    ReplyDelete
  2. rasa mcm nk bertunang gak.. hehe

    ReplyDelete
  3. as pun rasa nk tunang je....zam pun apa tunggu lg???hehehe

    ReplyDelete
  4. hehe nia taknak bertunang. rasa mcm nak kahwin terus lalala ~ hehe abg zam okay ? :P haha rasa mcm patah hati je hehe

    ReplyDelete
  5. huhu... sama cantik sama padan... awesome sangat2..

    \\( ^_^ )//

    ReplyDelete