e

Sunday, March 11, 2012

Adik ni nama je perempuan, tapi main robot!

Alhamdulillah, aku selamat mendarat di LCCT pukul 4petang semalam. Tapi sakit gigi sejak bbrp hari lalu ni tiba2 jadi semakin teruk. Sebelah mukaku terasa sakit & berdenyut2. Terus ayahku membawa aku ke farmasi sejurus aku tiba di stesen ERL Putra Jaya~ membeli ubat tahan sakit & tahan bengkak. Mujur, ubat gigi Sensodyne jadi penyelamat keadaan. Bagaikan ubat mujarab, gigi ku tak terasa sakit lagi. Terus, selepas memberus, aku boleh menikmati macam2 hidangan yang tersedia waktu aku sampai ke rumah. Kebetulan, makcik ku dtg bertandang waktu tu, jd rumah kami meriah dgn makanan~ Laksa & Laksam Kelantan, Kuih Akok & Akok berlauk, Puding Roti, Nasi Berlauk, Roti Nan & Roti Canai.. Perghh.. Lama tak makan besar mcm ni.. Hehe.. Itu belum lagi aku keluarkan Kek Lapis Oreo & Mee Kolok dari Kuching.. Kekenyangan betul aku waktu tu.

Aktiviti pertama yang aku buat setiap kali sampai ke Serdang, seperti kebiasaannya~ memandikan anak2 buah aku. Yang si tengah tu senang je diajak, tapi yg sulung tu, kene berkejaran dulu dgn dia baru dapat. Itupun lepas aku tangkap & cempung dia ke bilik air. Kemudian, layan diorang bermain. Oh ya. Nampak je muka aku dr dalam kereta waktu mula2 sampai td, terus mereka melaung minta diberikan mainan robot. Mmg aku ada simpankan di Serdang untuk mereka bermain, tapi masa aku ada di Serdang je lah. Kalau aku balik ke Kuching semula, mainan2 tu aku simpan & kuncikan dalam laci. Kalau tidak, hancurlah wei..


"Adik ni perempuan, tapi main robot" kataku bila tengok telatah dia berimiginasi dgn robot2 tu. "Biarlah" jawabnye.. Amboiii.. Hehe.. Ye tak ye jugak, kami tak pernah belikannya Barbie. Jadi mana yg ada, asalkan permainan, boleh je. Tapi tak tahan mereka mesti berebut walaupun robot tu banyak. "Adik nak robot buaya" "Abang nak gajah!"

Petang, waktu mereka menonton Hantu Kak Limah (walapun dah berulang2 kali tengok), tetiba si abang yang baru darjah 1 tu minta mee maggi. Dia terliur tengok si Johan & Usop Wilcha dlm cite tu makan maggi rasanya. Sorry to say, rumah kami takde stok maggi. Tetibe teringat kak Mee Kolok mentah yg aku bawa balik. "Ayah Ngah masak mee, nak?" "Ayah ngah pandai masak ke? Macam tak tahu je" Tanya si abang. Alaa.. ape susah.. celur je dengan air panas mee tu.. Sup Daging dah ada, memang sengaja mak aku pesan kat ayah sebelum tu supaya beli lebih sup daging di kedai, sbb aku dah bagitau awal2 aku nak bawa balik mee kolok. Dah siap, mmg berselera makan ;9

5 comments:

  1. sama la saya dlu time kecik2..men robocop, cybercop, ultraman...
    dah besar xle men...

    ReplyDelete
  2. Spudin~ letihnye tgk kerenah diorang ni.. hehe

    Anisa, skrg minat lagi tak?

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Saya dulu semua pun main. Gusti2 pun layan aje. haha.

    ReplyDelete
  4. Budak2 sekarang memang advanced. canggih2 sume permainan. No wonder lah bila perempuan main permainan lelaki and lelaki main permainan perempuan. Zaman dah maju dunia dah berubah. Tak mcm zmn kite dulu. Ececece dah tua tol dah rase ni ek.

    ReplyDelete