e

Thursday, March 22, 2012

Anda Single? Alaa Rilek Laa.. Jom Baca ni kejap ;)


Berstatus single bukanlah kehendak sesiapa. Pada mereka yang tidak mempunyai masalah dgn status tersebut, pasti merasakan tiada apa2 yg perlu dirisaukan, tetapi bagi mereka yang sebaliknya, pasti berasa gundah gulana. Apapun, bersabarlah k.. Think positive.. Jodoh belum sampai lah tu.. Insya Allah, bila tiba masanya, Allah akan berikan seseorang dalam hidup korang tanpa disangka2 yang akan buatkan korang bahagia selamanya ;)

Jadi sebelum waktu itu tiba, apa kata korang baca 5 kelebihan menjadi seorang single ni, k.. Sekadar entri untuk mereka di luar sana sebagai pemujuk hati yang masih menanti kedatangan kekasih hati (^^,) (Zam petik artikel ni dari LOVE IS CINTA)

Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..

a. Kewangan
Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.

b. Kawan
Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.

c. Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu
Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.

d.Tidak banyak masalah
Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.

e.Kurang tanggungjawab
Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

18 comments:

  1. btol tu zam..bab kewangan tu yg paling ketara :)

    ReplyDelete
  2. single much better...:P

    ReplyDelete
  3. yup..betul tu..:))

    ReplyDelete
  4. Angah Mia~ bl dah kahwin nanti, pengurusan kewangan yg baik tu penting kan.. Zam kene bljr lg nih..

    Whuups & Cik Nisa~ Masing2 ada pro & kontra kan :)

    ReplyDelete
  5. yeahh..rite !
    i'm single :)

    http://heartylolipop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Single mingle..ska msa single dlu smua tu adlah klbihan..hehe..ska yg dkt bebas tu..hehe

    ReplyDelete
  7. Mingle2.. weee seronoknye kan ? nak manja2 dgn ibu & bapa pun banyak masa..hehe

    ReplyDelete
  8. Miss Hearty, Are Linayu & Cik Una~ Betul3.. Apepun, masing2 ade pro & kontra.. Yg penting, kita kena jadi positive dlm semua keadaan kan.. (pengajaran utk diri sendiri gak ni)

    ReplyDelete
  9. nmpk tajuk, trus baca.. bila single ni, rs lbh lapang dada.. xperlu fkr byk mende.. point² yg diberi tu mmg btl.. kdg² agak terasa bila org pertikai nape smpi skang msh blm berpunye, tp cume fkr positif n beri jwpn positif.. Jodoh belum sampai dan jodoh tu rahsia Allah swt.. =)

    ReplyDelete
  10. bby Zyera~ setuju dgn pendapat anda! ;)

    Mizzkechique~ Itulah yg berlaku dlm masyarakat kita kan.. Tertekan diorg yg single nih.. tp itulah, yg penting pk positive & percaya Jodoh itu rahsia Allah ;)

    ReplyDelete
  11. single..mmg selesa..cik nur pun bebas gerak kemana saja..:)

    xdelah susah hati sgt..biase2 je..ibubapa pun faham..itu yg penting..xde tekanan dari family..

    cuma kekawan je yg lebih2..

    ReplyDelete
  12. Cik Nur~ Keadaan nya berbeza kan mengikut individu.. Ade yg family risau, ade yg rilek jek ;)

    Tak apalah, angap tu semua sbg cubaan.. Siapa yg dpt lari dr diduga, kan ;)?

    ReplyDelete
  13. <------ single jugak. setuju dgn semua yang atas tu. topup pun kurang kan xD tp nia tak kisah dah benda2 ni. sebenarnya, dah serik berdua xD tunggu jodoh dr Allah je la :D itupun kalau ada hehe

    ReplyDelete
  14. nice, i like to be sigle for now hahaa

    ReplyDelete
  15. Nia~ Selamat Datang dik ;D
    Tak apa, Insya Allah adalah yg terbaik tu nanti ;) Tunggu dgn sabar je ;))

    Ohh.. Keyrin.. Ramainya nak masuk kelab single ni.. hehe

    ReplyDelete