e

Friday, March 16, 2012

Himpunan Petua Awet Muda yang Mudah ;)



Amat penting bagi kita, tak kira wanita atau lelaki dalam menjaga penampilan diri agar tampak marketable di depan orang lain. Sekadar perkongsian untuk sesiapa saja dalam penjagaan diri, agar diri tampil selesa bila berdepan dengan orang lain. Paling mudah, anda mulakan secara dalaman ;)

  • Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira2 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Kemudian boleh amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.
  • Lepas buat petua di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. (Dari atas ke bawah, bukan sebaliknya). Amalkan setiap hari.
  • Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam tiga teguk sahaja. Amalkan dengan jujur dan ikhlas. Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
  • Setiap kali berdandan di cermin, bacalah doa melihat diri di cermin, kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s. Amalkan setiap pagi. Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari2 yg baik seperti hari Isnin, Khamis & Jumaat. Amalkan juga menanam kuku/ rambut yg dipotong atau gugur. (Ustaz Ismail Kamus ada pesan macam ni). Petua memotong kuku menurut Imam an-Nawawi; sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
  • Sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya bermula dari jari telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari. Sementara kuku kaki pula, bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah kelingking.
  • Bagi yg dah berkahwin, elok kalau kuku dipotong oleh pasangan masing-masing. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Rumahtangga yang bahagia pun penyebab kepada awet muda.
  • Hindari sifat dengki & cemburu.
  • Berhenti makan sebelum kenyang
  • Hindari diri dari merokok.
  • Senyum selalu. Pemanis wajah ni ;)
  • Jangan bawa masalah sehingga ke waktu tidur.
  • Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yg terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan utk menyerikan wajah kita…dan juga hati kita.
Sumber

10 comments:

  1. tak rugi diamalkan...petua ni banyak kebaikannya...:)

    ReplyDelete
  2. euwww..x suka telan air basi..lepas bangun mesti nak kena gosok gigi dulu..

    ReplyDelete
  3. Aishah~ yup ;) tak rugi amalkan..

    Fatin, tak apa, terpulang pada keselesaan masing2 ;p

    ReplyDelete
  4. info yg sgt bermanfaat...
    enjoy bacanya

    ReplyDelete
  5. ni baru dia awet muda :D. hehok, nice one! penting tu "senyum selalu"

    ReplyDelete
  6. Anisa, Miss Purple, Yana~ Ur welcome girls ;)

    Steffany~ yup3, senyum selalu tu yg paling mudah & berkesan ;)

    ReplyDelete