e

Monday, March 19, 2012

Kecik2 Mak Dah Pesan, Jangan Tiru SUPERMAN!!



Tunggang motosikal "ala superman," pelajar diperintah kerja khidmat masyarakat 200 jam

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang menunggang motosikal "ala superman" diperintahkan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini untuk melakukan kerja khidmat masyarakat selama 200 jam.

Majistret Suzarika Sahak membuat keputusan itu terhadap Muhamad Hafiz Nor Azizaruddin, 19, selepas dia mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu di Jalan Loke Yew di sini pada 3.40 pagi, 17 Mac lepas.

Suzarika turut memerintahkan Muhammad Hafiz yang juga pelajar sebuah pusat latihan itu melakukan kerja khidmat masyarakat berkenaan dalam tempoh 24 bulan.

Muhamad Hafiz didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (pindaan 1999) yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun, denda tidak melebihi RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor M. Rajan manakala Muhamad Hafiz tidak diwakili peguam. - BERNAMA

2 comments:

  1. mintak mintak timbul rasa kesedaran di dlam dirinya . AMIN :)

    ReplyDelete
  2. insaf & taubat.. penat tu 200 jam.. hehe

    ReplyDelete