Selamat Pagi Ahad Semua! Bestnye bila hari Ahad ni kita bangun awal awal pagi & mandi.. Terasa segar je badan ni. Kemudian apa yang dilakukan ialah menunggu sarapan disediakan, & seterusnya santai2 di rumah merehatkan badan..
Pagi ni Zam nak kongsikan kan beberapa info yang menarik tentang mandi. Jom baca~ ;)
Evidence :Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh. Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya
Pagi ni Zam nak kongsikan kan beberapa info yang menarik tentang mandi. Jom baca~ ;)
Evidence :Kajian berkaitan dengan mandi mendapati bahawa mandi bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, tetapi menghilangkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekuatan tubuh. Berikut ini disenaraikan beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya
1) Meringankan sakit kritikal
Penyelidikan yang diterbitkan dalam ‘New England Journal of Medicine’ menunjukkan orang yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes) dapat menurunkan kadar gula dalam darah sekitar 13 peratus dengan berendam dalam air suam selama setengah jam. wOW ! Kajian di Jepun pula menunjukkan berendam dalam air panas selama 10 minit dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk kaum lelaki.
2) Mengeluarkan racun
Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 – 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
3) Mengurangkankan Stress
Jika anda mengalami stress atau tekanan, mandi air sejuk adalah petua yang paling mujarab.Ditambah lagi dgn syampoo yg ade menthol kan gilerr sedapp ! Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 -18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
4) Jangkitan kulit
Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
5) Selesema dan sakit kepala
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang kepenatan. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis pati minyak wangi seperti lavender, peppermint atau lemon. Rendam kaki selama10 hingga 20 minit. Selepas itu bilas kaki dengan air sejuk.
6) Insomnia
Merendamkan kaki dalam air sejuk sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini juga berguna untuk menyegarkan kaki yang kepenatan, merawat pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
KREDIT: NIA ZAHIRAH BLOGSPOT
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
harap2 dapatlah sedikit sebanyak kebaikan nih ye.huhu
ReplyDelete:)) harap mcm tu lah
ReplyDelete