e

Tuesday, March 20, 2012

Oh, Saya Gemuk.. Jadi, Salah Kah??


Salam & selamat malam semua.. Kali ni Zam nak ajak korang semua renungkan bersama tentang entri yang Zam ketengahkan kali ni. Sebagai manusia, bila kita melihat kekurangan yang ada pada diri orang lain, dalam sedar atau tidak, kita akan mula membuat penilaian ke atas diri mereka. Kalau kita memperlekehkan mereka dalam hati, ada baiknya kita istighfar.. (Kira baik gak la kalau korang terdetik dalam hati je.. Kalau terlepas cakap, ada yang makan hati nanti)

Kesian gak kat diorang ni. Pernah tak korang terfikir, perasaan diorang bila diperlekehkan macam tu. Kalau mereka jenis yg easy going, ok lagi, tapi kalau yang jenis sensitif? Silap2 diorang hidup dalam keadaan rendah diri & murung disebabkan korang.. Ingat.. Zaman sekarang ni Tuhan balas cash je terus.. Jadi hati2 lah bila bercakap, k ;)

Ok. Dalam kes ni, Zam merujuk kepada mereka yang berbadan besar (obesiti).. Oh, salahkah mereka berbadan begitu? Peringatan buat semua, jangan dihina, mereka itu juga makhluk Allah.. Tak ada salahnya bagi mereka berkeadaan begitu, cuma selaku insan2 yang prihatin, apa kata korang bagi semangat pada mereka untuk menurunkan berat badan. Bukan bentuk lahiriah yang dipersoalkan tetapi obesiti mungkin mengundang masalah lain yang tidak boleh dijangkakan. Obesiti diistilahkan sebagai lemak badan berlebihan sehingga mampu mengundang pelbagai masalah kesihatan antaranya, tekanan darah tinggi, tinggi kandungan kolesterol di dalam darah, masalah jantung , stroke, diabetes mellitus, gout, dan osteoarthritis.

"Dalam hal ini, kita perlu kembali kepada ajaran Islam. Bagaimana Rasulullah telah mengajar umatnya bersederhana dalam makanan perlu diambil iktibar sepertimana sabdanya: "Tidak ada bejana yang lebih buruk yang diisi oleh manusia daripada perutnya sendiri. Cukuplah seseorang itu memakan beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tulang belakangnya. Kalau terpaksa, maka ia boleh mengisi sepertiga perutnya dengan makanan, sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga bakinya untuk nafas". Ini menunjukkan kepada kita agar bersederhana dan tidak boleh memakan secara berlebihan kerana ia mungkin akan memudaratkan tubuh badan kita. " (aku ambil ini dari IKIM)

"Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, tubuh hanya akan menjadi kuat dengan kualiti makanan yang diterimanya dan bukan dengan dipenuhi makanan sebanyak- banyaknya. Ini bermakna pemakanan yang sihat dan sempurna akan menghasilkan tubuh badan yang sihat dan bukannya bergantung kepada kuantiti makanan. Apabila aspek kuantiti yang ditekankan, maka akan berlakulah masalah yang digeruni oleh semua kini iaitu masalah obesiti." (SUMBER: IKIM)

Pstt.. Korang kenal tak siapa Dzulfikri Zulkifle? Kalau tak kenal, meh nak bagitahu.. Dulu, inilah beliau..


Nak tahu bagaimana keadaan diri beliau sekarang? Sila layari blog beliau di SINI. Jangan terkejut ye tengok perubahan positif beliau sekarang.. Boleh dijadikan motivasi untuk anda di luar sana ;))



Entri2 Best!

CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

6 comments:

  1. semua org patut berubah ke arah yg lebih baik :) be positive! :D

    ReplyDelete
  2. luqman tengok blog die! he is now awesome! dah kurus giler!

    ReplyDelete
  3. Haruno Hana~ Kata2 semangat yg bagus!

    Luqman~ Kan!! Semnagt betul dia!

    ReplyDelete
  4. Setuju sesangat la...perubahan diri membawa kepada motivasi pada orang lain gak kn...^_^

    ReplyDelete
  5. x jadi mslah pn kalo seseorg 2 gemuk..hahaha..ak pn gemuk..hahaa

    ReplyDelete
  6. Syafiqaa~ Setuju dgn statement tu! ;)

    Mr Dinie~ as long as you happy ;)

    ReplyDelete