e

Friday, March 23, 2012

Peluru-Peluru Syaitan


Bagi mencapai kecemerlangan, tipu daya syaitan perlu dikenali dan diawasi kerana syaitan sentiasa mencari kesempatan menyerang dan merosakan hati hati manusia.

Menurut Imam Gazali, diantara pintu yang sering digunakan syaitan adalah :

- Perasaan marah
- Nafsu syahwat
- Perasaan tamak dan dengki
- Kenyang
- Cinta kepada perhiasan dan harta benda
- Bergantung pada manusia
- Gopoh gapah dan terburu nafsu
- Cinta kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit)
- Sikap kedekut dan bakhil
- Fanatik mazhab dan kelompok
- Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
- Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang orang Islam

Hati yang cemerlang adalah hati yang suci bersih, yang mampu melihat alam ghaib sehingga ia mengenali Allah tanpa sebarang keraguan.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, seorang lelaki bertanyakan kepada Baginda : “Ya Rasulullah, siapakah manusia terbaik?” Nabi menjawab : “Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum. Orang itu bertanya lagi : “Apakah hati makhmum itu?” Nabi bersabda “Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih, yang tidak ada di dalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dan bertaraf sahih. Hati yang bersih ditakuti oleh syaitan. Nabi pernah bersabda : “Tidak berjalan Umar di suatu lorong melainkan syaitan memilih jalan lain (supaya tidak bertembung dengan Umar).” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Perasaan gerun yang ditunjukkan oleh syaitan adalah disebabkan kecemerlangan takwa yang wujud didalam hati Umar.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

No comments:

Post a Comment