Sekarang ni, aku dapati agak sukar untuk aku kekal istiqamah dalam bersenam. Mungkin ramai juga di luar sana yang mengalami masalah yang sama. Jadi, dalam entri kali ni, aku nak kongsikan artikel dari Saudara Hidayat Syarif yang insya Allah, boleh membantu kita.
7 Tips Tingkatkan Motivasi Untuk Bersenam Secara Konsisten
Untuk sentiasa bermotivasi untuk melakukan senaman bukanlah satu perkara yang mudah. Anda memerlukan force dalaman dan juga luaran supaya anda terus konsisten untuk melakukannya. Motivasi datang dan pergi dan ia adalah satu faktor yang mempengaruhi sama ada kita boleh melakukannya dengan berterusan mahupun tidak.
1. Sentiasa Membayangkan Diri Anda.
Cuba letakkan diri anda di situasi anda sudah berjaya mencapai matlamat yang anda inginkan. Iaitu mengurangkan berat badan. Bayangkan setiap hari anda mempunyai bentuk badan yang ramping dan menarik. Untuk lelaki, anda mula membayangkan bentuk badan yang berotot dan sasa.
Bukan sekadar itu sahaja, lakukan imaginasi secara lebih detail, bayangkan dengan bentuk badan yang berotot dan sasa, anda menjadi tarikan ramai wanita. Bayangkan seluar anda sudah menjadi longgar, tidak seperti dulu. Anda sudah tidak mampu lagi memegang lemak-lemak terkumpul di sekeliling pinggang anda. Ughh! Sangat menggelikan (sekadar bayangan).
Apabila anda melakukan imaginasi secara dengan lebih terperinci, ia akan tersimpan di dalam pemikiran separuh sedar anda (subconscious mind). Apabila ia sentiasa diulang-ulang setiap hari, anda secara automatik akan mendapat keinginan yang kuat untuk melakukan senaman.
2. Jadikan Gambar sebagai pencetus.
Teknik ini adalah antara teknik kegemaran saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan meletakkan gambar lelaki yang berotot sebagai wallpaper di laptop saya. Lelaki tersebut adalah antara pemain terbaik bola sepak dunia, Christiano Ronaldo. Sekiranya anda melihat susuk tubuh badannya, anda pasti kagum.
Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa. Tidak semestinya di laptop, anda boleh meletakkan poster di dinding bilik. Apa yang penting adalah menggunakan gambar sebagai motivasi dan meletakkannya di tempat yang mudah untuk kita lihat. Saya menjadikannya sebagai wallpaper kerana saya menggunakan laptop hampir setiap hari dan setiap hari juga saya pasti akan melihat gambar tersebut.
Ia antara cara yang praktikal dilakukan sekiranya anda tidak ingin membazir duit meletakkan poster dan merosakkan dinding bilik anda.
3. Start Small
Terutama sekali apabila anda baru sahaja ingin melakukan senaman. Apabila anda merasa sedikit sakit, mungkin anda tidak bersemangat untuk melakukannya keesokan hari. Mula secara perlahan-lahan.
Sebagai contoh, sekiranya anda berjoging, tidak perlu melakukan 10km sekaligus. Mulakan joging 1km hingga 2 km. Apabila anda merasakan ia terlalu mudah, tambah kilometer keesokan harinya. Dan kemudian sekiranya anda ingin melakukan lebih lagi, anda boleh menambah kilometer atau anda juga boleh merekodkan masa anda supaya anda boleh memperbaikinya setiap kali anda berjoging.
Lakukan mengikut kemampuan anda. Sekiranya anda sudah biasa melakukannya, cuba breaktrough the limit. Jika anda melakukan workout di gym, lakukan senaman sehingga anda tidak boleh melakukannya. Set to failure. Ia mungkin akan memberikan anda kepuasan dan memberi lebih motivasi untuk anda pergi ke gym dengan lebih kerap.
4. Fokus satu perkara dalam satu masa
Telah banyak kajian telah dijalankan, manusia sememangnya tidak boleh melakukan dua perkara dalam satu masa. Ia sebenarnya membuatkan anda menjadi tidak produktif dan tidak bermotivasi untuk melakukan perubahan untuk kesihatan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, melakukan diet dan juga bersenam mungkin terlalu berat untuk anda sebagai permulaan.
Terutama sekali diet, kerana saya juga pernah melaluinya. Mulakan satu perkara satu masa, anda mungkin memikirkan diet lebih mudah untuk anda. Maka lakukan diet dahulu, sekiranya anda sudah konsisten melakukannya, barulah anda beralih kepada senaman.
Melakukan dua atau lebih perkara bukanlah suatu perkara yang baik. Ia hanya menyebabkan fikiran anda semakin terbeban. Buangkan perkara-perkara yang tidak penting dan lakukan apa yang penting dalam hidup anda. Saya yakin banyak perkara lain yang perlu anda fikirkan, pilih yang betul-betul penting dan efektif untuk mencapai matlamat yang anda inginkan.
5. Dapatkan teman workout atau jurulatih.
Antara faktor luaran yang boleh push anda untuk melakukan workout semestinya ialah rakan/jurulatih anda. Apabila anda mempunyai rakan, anda akan menjadi lebih berdisiplin untuk bersenam. Di waktu anda tidak bersemangat dan malas untuk bersenam, mereka akan push anda.
Teman workout/jurulatih juga membantu anda workout secara maksimum dan optimum. Ia sangat membantu apabila anda melakukan workout di gym. Rakan mahupun jurulatih anda akan memastikan anda melakukan workout sehingga anda tidak boleh melakukannya. Mereka akan memastikan workout anda betul-betul berhasil dan efektif.
Pada masa yang sama sekiranya anda mempunyai rakan yang berpengalaman, anda boleh belajar daripada mereka teknik-teknik yang berkesan melakukan workout.
6. Lakukan apa yang anda suka.
Saya lebih suka melakukan workout di gym berbanding berjoging. Apabila saya melakukan workout di gym, saya dapat merasakan perubahan pada otot-otot selepas melakukannya. Fast results. Dan saya akan menjadi lebih bermotivasi untuk melakukan workout.
Begitu juga dengan anda, lakukan senaman yang anda suka untuk terus kekal bermotivasi untuk bersukan. Melakukan senaman yang tidak digemari hanya membina rintangan untuk terus mencapai matlamat yang anda inginkan. Mungkin senaman tersebut tidak cukup efektif, tetapi ia lebih baik daripada tidak melakukannya langsung.
Pilih senaman atau sukan yang anda suka dan mahir. Kemudian lakukannya dengan lebih efektif dan efisyen untuk mendapat keputusan yang memuaskan.
7. Jadikan ia sebagai satu rutin hidupan anda.
Tidak guna sekiranya anda menjadikan senaman hanya untuk menguruskan badan dan bukannya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Senaman harus dilakukan selagi anda bernafas. Apabila senaman menjadi rutin harian dalam kehidupan anda. Perkara akan menjadi lebih mudah. Anda akan merasakan bersenam seperti sebahagian dalam hidup anda. Apabila ia dijadikan tabiat, impian anda untuk mendapatkan kesihatan yang optimum tidak lagi menjadi masalah.
P/s: Workout = Senaman otot. Perkataan ini selalu digunakan oleh rakan-rakan di gym apabila mendefinisikan satu-satu jenis senaman.
Kredit: Hidayat Syarif
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
memang bagus tips tu tapi kalau la ada masa nak workout.ni balik keje pon dah malam.waaa...makin gemuk jadinya diri ini
ReplyDeletearelan.. same ar ni bz.. appn kena cuba gak cri masa
ReplyDelete