e

Monday, April 9, 2012

Aaron Aziz Dengan Kereta Yang Dimenanginya

Ramai dah tahu tentang keputusan ABPBH semalam kan.. Apapun pagi ni jom tengok kerete yang dimenangi oleh Bintang Paling Popular tu~

HABUAN...Aaron menang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium)



GENTING HIGHLANDS: Hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz, 36, menepati ramalan apabila dinobatkan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) yang berlangsung di Arena of Stars Genting Highlands, malam tadi.

Kemenangan Aaron sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu juga pelakon Shaheizy Sam serta tiga lagi finalis dengan undian tertinggi, Zizan Razak, Maya Karin dan Najwa Latiff.

Lima tahun tercalon sebagai calon Top 5 untuk kategori Pelakon Lelaki TV Popular, namun kemuncak kerjaya Aaron dilihat begitu ketara sejak tahun lalu.

Nora Elena, drama bersiri di TV3 yang sebenarnya menjulang nama Aaron sebelum mencipta fenomena menerusi filem Ombak Rindu arahan Osman Ali.


Melalui filem ‘box office’ berkenaan, bapa kepada tiga cahaya mata itu berganding dengan pelakon wanita hebat, Maya Karin dan Lisa Surihani.


Pelakon kacak kelahiran Singapura itu mencatat kemenangan berganda malam tadi apabila mengungguli kategori Pelakon Filem Lelaki Popular. Bagaimanapun, Aaron terpaksa akur di tangan Fizz Fairuz menerusi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Kemenangan Aaron membolehkannya membawa pulang kereta Nissan Teana V6 2.5L (Premium) tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd.

Penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif New Straits Times Press, Mohammad Azlan Abdullah yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid. Keseluruhannya ABPBH2011 mempertandingkan 16 anugerah kepada artis tanah air.

Seperti sebelumnya, ABPBH tidak pernah melupakan perjuangan insan seni terdahulu dan kali ini Datuk Sheila Majid dipilih sebagai penerima, Anugerah Artis Sepanjang Hayat.

Satu lagi anugerah khas yang baru diwujudkan tahun ini bersempena ulang tahun Jubli Perak (25 tahun) ABPBH iaitu Anugerah Seri Perak, yang menghimpunkan kembali bekas Bintang Paling Popular bermula 1990 hingga 2010, menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza dinobatkan pemenang.

SUMBER

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

5 comments: