e

Sunday, April 15, 2012

Lynda Roslan Pilih Bidang Lakonan


LAHIR ke dalam dunia lakonan secara tidak sengaja, gadis yang berasal dari Shah Alam Selangor ini pada mulanya lebih berminat untuk bergelar seorang arkitek.

Bagaimanapun selepas merasai sendiri kerancakan bidang seni, dia optimis dengan keputusannya untuk melangkah sebagai ahli baru dalam kerjaya yang dianggapnya mampu memberi sinar gemerlapan.

Baru sahaja menamatkan pengajian di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam dalam jurusan Seni Bina Landskap, Siti Maslinda Roslan, 24, percaya keputusan itu adalah yang terbaik untuknya walaupun sudah jauh menyimpang daripada impian asal.

Ingin dikenali sebagai Lynda Roslan, gadis manis ini mengakui perlu berusaha keras memantapkan ilmu lakonan berikutan laluan untuk bergelar pelakon bukan sesuatu yang mudah.

“Memilih untuk terjun ke dalam dunia lakonan merupakan satu lagi impian terpendam dan kini apabila ada pihak yang membuka ruang untuk saya, rasanya tidak salah untuk mencuba.

“Saya masih muda dan berupaya untuk mencuba pelbagai perkara baru di dalam hidup saya,” katanya ketika ditemui di Wisma MIG di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bagi gadis kreatif ini, tiada istilah menyesal atas setiap tindak tanduk yang diambil meskipun ada pihak yang mempertikaikan keputusan untuk tidak terus mengemudi dunia hiasan dalaman yang dilihat mampu membawa pulangan lebih besar.

“Dalam membuat keputusan, keluarga sentiasa menjadi tempat rujukan pertama saya dan saya sangat bersyukur kerana mereka langsung tidak membantah keputusan saya untuk bergelar seorang pelakon.

“Lagipun peluang untuk menjadi seorang arkitek tetap terbuka cuma buat masa ini saya lebih senang untuk memberi fokus kepada bidang lakonan dahulu,” katanya tegas.

Bermula dengan dunia peragaan menurut Lynda, pengalaman selama hampir tiga tahun itu banyak membantunya menempuh cabaran baru dunia lakonan.

“Sebenarnya tugas sebagai model juga memerlukan kita berlakon memandangkan kita perlu sentiasa menghidupkan gambar yang dirakam jurugambar.

“Setelah melalui proses tersebut saya pasti ilmu yang sedikit ini mampu menjadi laluan kepada kerjaya saya sebagai pelakon kelak,” katanya yakin.

Malah Lynda percaya, dengan keterbukaan industri seni hari ini akan memudahkan laluannya sebagai anak seni yang tampil dengan fesyen muslimah.

“Saya pasti walaupun saya bertudung saya tidak akan mempunyai masalah untuk diterima di dalam industri ini.

“Buktinya kita lihat hari ini ramai pelakon baru dan lama yang memilih untuk memakai tudung.

“Pendapat saya, walaupun bertudung, tidak semestinya kita akan terikat sesebuah watak sahaja kerana seperti saya sendiri lebih suka untuk membawakan watak-watak yang lebih mencabar,” katanya.




ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

4 comments:

  1. =) oo umur dia skng 25 la yer..hee

    ReplyDelete
  2. i have a question. ini siapa?hehe..tak kenal la.tp takpe.semoga imej bertudung dia jadi ikutan yg baik

    ReplyDelete