e

Sunday, April 29, 2012

Pluto Bukan Lagi Planet Dalam Sistem Suria Kita

Ahir tahun lepas, aku ada war-war kan maklumat terbaru ni kat Facebook. Jadi kali ni, aku nak kongsikan dengan korang lak. Kot2 ada yang terlepas pandang. Mulai sekarang, dalam sistem suria kita cuma ada 8, bukan 9 macam dulu.


Pindaan Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Terjemahan Tahun 4 Tentang Status Planet Pluto Dalam Sistem Suria

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) telah mendapat pengesahan daripada pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui surat ANN, EDU.006002(13) yang bertarikh 15 Ogos 2011 tentang status Planet Pluto dalam Sistem Suria, adalah diputuskan oleh International Astronomical Union (IAU) bahawa ada 3 kategori dalam Sistem Suria iaitu 'Planet', 'Dwarf Planet' & 'Small Solar System Bodies'. Planet Pluto dikategorikan sebagai dwarf planet dan DIGUGURKAN daripada kategori planet. Kini terdapat 8 planet dalam Sistem Suria kita.

Sehubungan itu, kami berbesar hati sekiranya pihak tuandapat memaklumkan maklumat ini kepada guru-guru Sains di sekolah tuan tentang pindaan ini. Ia melibatkan HSP Sains Terjemahan Tahun 4 kerana ia berkait rapat dengan Peperiksaan & Buku Teks.

Rujukan:

http://www.iau.org/public/pluto


Untuk bacaan lanjut, kenapa Pluto digugurkan status planetnya, korang boleh klik SINI.

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

6 comments:

  1. thanks.. boleh baca lagi.. dah tau.. =)

    ReplyDelete
  2. huhu tk pernah tahu :D heeee, nice info abg,

    ReplyDelete
  3. Ella, Salwa, Nia~ perkongsian utk semua :) sama2 ;))

    Mr. E'raz~ mmg kecian!

    ReplyDelete
  4. Aku x kisah, aku tetap anggap ia sebuah planet.

    ReplyDelete