e

Wednesday, April 11, 2012

Rita terima SMS akan diceraikan

Terkedu kejap bila baca muka depan surat khabar Utusan Malaysia tadi. Hmm.. Bila kenangkan semula kisah cinta, kebahagian yang dibina selama ni, rasa sayang sangat kalau mana mana pasangan bercerai. Apapun, mungkin mereka lebih tahu apa yang terbaik buat mereka pada masa ni. Untuk berita penuh, korang boleh beli UM k. Di bawah ni disertakan sedikit petikan dari berita tersebut..


KUALA LUMPUR 10 April - Hari jadi ke-36 yang disambut esok akan menjadi kenangan paling 'meruntun hati' dalam hidup pelakon Rita Rudaini Mokhtar apabila dia menerima berita sahih bahawa suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, telah membuat permohonan untuk bercerai.

Menurut Rita, pemain bola sepak kebangsaan itu sendiri sudah memaklumkan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai permohonan perceraian itu.

Dalam SMS berkenaan Aidil antara lain menulis: "Saya sudah failkan benda itu (perceraian). Peguam saya akan maklumkan lebih lanjut kepada awak."

Menurut Rita, dia tidak berasa kecewa atau bersedih dengan apa yang telah diputuskan suami memandangkan sudah lebih empat bulan Aidil 'menghilangkan' diri setelah keluar dari rumah mereka.

"Saya terima apa yang sudah tertulis. Kami bernikah di Thailand, mempunyai dua anak dan sekarang ini saya bakal bergelar ibu tunggal, semua ini takdir hidup saya.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

7 comments:

  1. harap rita tabah menghadapinya.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Sedihkan...
    sian kat anak2 tapi nak buat camner, kalau itu jalan yang mereka pilih.. Saya doakan hanya yang terbaik buat mereka.

    ReplyDelete
  3. hmm.. besar nye dugaan diorang..

    ReplyDelete
  4. sabarlah setiap yang berlaku hanya mereka berdua lebih tau.. jgn kita membuat andaian dari otak kecil kita dengan menyampai perkara-perkara yang kurang pasti dari mulut kita yang terbuka luas ini .. :)

    ReplyDelete
  5. Mysara, mcm tu lah nampaknya..

    Riri, itulah.. mereka lbh tahu.. cuma kita yg tak tahu ni, rs syg je

    ReplyDelete