Minggu terakhir sah laku baucer buku, baru aku terjumpa dengan buku2 yang aku berkenan di MPH.. Sejak dapat baucer tu 18 Mac lalu- lepas bergelar student OUM sejak Februari, aku tak jumpa buku yang aku nak. Padahal sebelum dapat baucer tu, mcm2 buku yang menarik aku jumpa kat MPH. Sebab tak mahu tangkap muat beli mana2 buku yang aku tak minat, aku tangguhkan dulu niat tu, nak2 lagi tempoh penggunaan pun dilanjutkan sampai penghujung April. Maka dalam tempoh masa tu, keraplah aku berulang alik ke kedai2 buku di Kuching, sampailah aku terjumpa dengan buku2 nih..
Buku pertama yang aku jumpa, ensiklopedia kapal terbang.. Sesuai sangatlah dengan minat aku kat benda2 bersayap nih..
Buku kedua, tentang kucing.. Belek beberapa muka surat pertama pun dah buat aku tersenyum tengok gelagat kucing2 nih
Sebab aku minat Ustaz Azhar Idrus ni, jadi aku beli buku soal jawab agama dia. Menarik sbb kandungannya terdapat soalan2 yang mungkin jarang kita dengar, tapi dijawab dengan bersahaja oleh Ustaz.
Habis seratus pertama aku dengan buku2 di atas.. Kemudian, seratus ringgit yang terakhir memang azab nak dihabiskan.. Lama aku berpusing2 kat dalam MPH tu.. Dah jumpa buku yang aku rasa sesuai, tiba2 aku boleh pergi letak balik kat rak.. Ada la jugak, aku koyakkan bungkusan plastik yang dibalut pada 1 buku ni sbb nak tahu buku tu best ke tak.. Last2, aku letak balik jugak.. Penat, akhirnya aku buat keputusan- dr aku beli buku2 yang aku tak kan baca, baik aku beli buku yang jarang2 aku akan baca.. Nak tahu buku apa? Ni haa...

Kamus Bahasa Jepun & Kamus Oxford.. Kenapa Bahasa Jepun jadi pilihan? Saja, sbb dari kecil aku minat belajar bahasa ni, biarpun bertatih sikit2 ;)
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
buku kucing & ustaz azhar idrus tu yg best!
ReplyDeletebuku UAI tu mmg bagus!
ReplyDelete