e

Tuesday, May 1, 2012

Bahagian Dua: Kesilapan Kita Sebagai Ibu Bapa dalam Mendidik Anak-Anak



Semalam, aku ada kongsikan tentang artikel ini di SINI. Hari ini, aku nak kongsikan pula sambungannya. Semoga kita dapat memperolehi manfaat darinya bersama~

Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
  • dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang

  • Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan keduabelas: Berrtengkar di depan anak-anak
  • Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
  • Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video.
  • Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak

  • Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

7 comments:

  1. terima kasih n3 keibubapaan. dalam bab mendidik anak saya perlukan banyak ilmu agar emosi lebih seimbang. kadang tertekan karenah anak sebenarnya. inilah n3 berhemah di applykan.

    ReplyDelete
  2. ur welcome etuza~ & selamat bercuti!

    ReplyDelete
  3. Betul2...setuju sangat2..thanks for sharing..^_^

    ReplyDelete
  4. dan sekarang ibu bapa juga terlalu bergantung pada guru utk mendidik anak mereka.

    ReplyDelete
  5. huppp.. btol ni. yg rancangan apa smua kena control, kalo tak nanti ank2 amek example dari tv. org tumbuk, dia nak menumbuk juga. aihh..

    ReplyDelete
  6. yup pengawasan penting..budak2 nie mudah tiru ape yg ditengoknya..

    ReplyDelete
  7. tur welcome, & thanks 4 coming all :)

    ReplyDelete