e

Wednesday, May 9, 2012

Johan Raja Lawak Penyebab ERA fm No.1?

Bagi pendengar setia stesen radio Era, korang pasti dah biasa & lali dengan suara Mak Jemah yang kadang2 kedengaran pelat2 Cina tu . Jujurnya, aku mengenali Mak Jemah ni dari video yang adik aku rakamkan di Konsert Fenomena 30 Tahun Search sebelum di Era. Bukan apa, sebab sebelum ni aku asyik layan Hot FM je, jadi aku memang tak kenal langsung dengan Mak Jemah ni. Apapun, Mak Jemah atau Johan Raja Lawak ni dikatakan faktor utama stesen radio itu menjadi stesen no. 1 baru2 ni. (kredit kepada Murai.Com)


SUBANG JAYA, 9 ME 2012: Pada minggu lalu, stesen radio popular, ERA fm telah dipilih sebagai radio nombor satu paling didengari di negara ini bersandarkan kuputusan rumusan kajiselidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio Nielsen Liputan sepanjang tahun ini..

ERA fm yang bernaung di bawah Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) kembali merampas takhta dari Sinar FM selepas dua tahun ketinggalan dan kini telah berjaya menarik perhatian seramai 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini.

Apa yang pasti, kebanyakan pihak berpendapat rating radio itu kembali naik selepas kemunculan Johan Raja Lawak sejak Ogos tahun lalu di dalam segmen Johara Pagi Era bersama Ray dan Hanif.

Lebih-lebih lagi rating untuk Johara Pagi Era adalah satu-satunya segmen yang menerima ramai pendengar iaitu 2.56 juta berbanding segmen lain di ERA fm.

Untuk artikel penuh, klik SINI.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

3 comments:

  1. Sy jarang dengar siaran EraFm..selalu hotFm jak :D

    ReplyDelete
  2. suke dgr segmen johara kt era fm..best..

    ReplyDelete
  3. seronok jugak sengar era pagi2.. tapi deno suka hitZ

    ReplyDelete