e

Saturday, May 19, 2012

Kenapa BERDIAM Itu Lebih Baik



Boleh dikatakan dalam sehari, hampir sepanjang masa kita gunakan untuk bercakap. Itu perkara normal, kerana kita dikelilingi individu lain & kehidupan bermasyarakat menuntut kita untuk berkomunikasi, melainkan anda tinggal di dalam gua seorang diri (macam keadaan aku lah.. balik kerja, lepak kat rumah sewa seorang diri).

Pada zaman sekarang, konteks bercakap itu jadi lebih luas.. atau maksud aku, komunikasi.. Berbanding zaman dahulu, zaman sekarang komunikasi boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk & menerusi pelbagai media- seperti sms, chatting secara online, dsb.. Dan dalam entri aku kali ini, istilah 'bercakap' yang aku gunakan merujuk kepada perkataan 'komunikasi' di atas..

Diam? Kenapa MEMILIH untuk DIAM?

Dua perkara yang boleh dilakukan dengan mulut kita- bercakap (perkara) yang baik2 & bercakap (perkara2) yang sebaliknya.. Ada masanya tanpa sedar, mulut kita terarah untuk berkata perkara yang bukan hak (batil) kerana dorongan hati & emosi yang tidak bersih (mungkin disebabkan dengki, marah, dsb). Maka, DIAM merupakan satu langkah terbaik untuk menghalang kita dari tersasar menuturkan perkara yang sia sia. Boleh jadi juga, ada insan yang akan terluka & terasa dengan tindakan kita itu. Jadi adalah lebih baik bagi kita untuk berdiam diri..

Hikmah DIAM.. (kredit kepada Giler Kentang)

•Ibadah tanpa bersusah payah
•Perhiasan tanpa berhias
•Kehebatan tanpa kerajaan
•Benteng tanpa pagar
•Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
•Istirehat bagi kedua MALAIKAT pencatat amal
•Menutup segala aib.

Rasulullah berpesan dalam hadisnya mengenai kelebihan DIAM yang bermaksud :

“Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat ABU NAIM )

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.
( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

“Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.( Riwayat AT-TARMIZI)

4 comments:

  1. jangan sampai DIAM yang bole menyakitkan perasaan org lain...

    ReplyDelete
  2. diam tu ada pro dan kontranya. kekekeke, tapi mesti kena pasa masa dn tempat nya (:

    ReplyDelete
  3. Ahmad, Insya ALlah tak ke arah tu :)

    Steff, Sangat setuju dengan statement anda! :))

    ReplyDelete
  4. komen yang sangat bernas!
    entri yg sgt menarik!

    ReplyDelete