e

Saturday, May 26, 2012

LUFYA Tujukan Lagu KETUHANAN Untuk Zarina Anjoulie?


Isu ini masih tidak selesai sebelum ini, & mungkinkah ini langkah yang diambil Lufya untuk menamatkan perang dingin antara beliau dan Zarina? Ikuti kupasannya dari blog OhBulan

"Mengambil langkah yang betul OHBULAN! rasa, terbaru dari Lufya, penyanyi ini “menghadiahkan” sebuah lagu yang mempunyai unsur ketuhanan kepada Zarina Anjoulie.

Kontroversi antara mereka berdua tercetus apabila Lufya mengeluarkan kenyataan kepada sebuah blog hiburan tempatan dengan mengatakan peminat sering tersalah anggap bahawa dia adalah Zarina Anjoulie. Kenyataan tersebut menyebabkan Zarina berang dan terus melancarkan “perang” terhadap Lufya.

“Peperangan” itu berlanjutan sehingga kemuka depan akhbar-akhbar tempatan dan Lufya kali ini mengambil langkah ingin berdamai dengan Zarina Anjoulie.

“Sebelum ini, terlalu banyak perkara yang berlaku antara saya dan dia. Saya agak malu dengan kejadian itu semua namun tidak pernah membalasnya sebab tak nak besarkan isu. Apa-apapun, saya ambil perkara ini sebagai benda positif, dan bagi tujuan berdamai, saya tujukan lagu ‘Doaku’ untuknya.” – Lufya dipetik dari mStar Online.

Baguslah kalau begitu, buat apa dibesarkan benda-benda yang tidak elok kan? Kepada Zarina, anda terimakah “salam” perdamaian dari Lufya?"

4 comments: