e

Monday, May 7, 2012

Next Top Blogger 2 - Episod 1 : Alamak! Tugasan Tak Siap Lagi!!


Kalau Mr. Awie tak selalu jengah ke blog ni untuk mengingatkan, memang Zam terleka terus lah (arigatou!).. Apapun thanks Mr. Awie, sebab sudi menjemput Zam untuk menyertai Next Top Blogger musim kedua nih. Kalau anda nak tahu tentang NTB ni, boleh klik pada banner di atas .

Tugasan minggu pertama ni mudah je, tapi sebab kesibukan, Zam terlepas pandang dengan tugasan yang diberikan.. Hehe.. Harap aku tak terlewat menulis entri ini. Okeh, tanpa melengahkan masa, berikut adalah tugasan episod pertama~ Biodata Diri Saya!



Nama penuh~ Ahmad Muhibbuddin Zamani Bin Mohammad. Ahli keluarga memanggil ku Zamani, Ahmad itu panggilan para guru & pensyarah di sekolah & kolej dulu, & dikalangan rakan2, mereka memanggilku Budin @ Din (lebih mesra bunyinya, kan?). Berumur 28 tahun, dilahirkan di Kota Bharu Kelantan, membesar di Serdang Selangor & sekarang ni menetap di Kuching Sarawak. Aku memegang 2 status serentak sekarang, sebagai seorang pengajar di sebuah sekolah rendah & sebagai seorang pelajar di OUM Kuching.


Hobi utama~ fotografi, dan kerana minat aku dalam berblogging, minat aku dalam bidang fotografi lahir. Kedua2nya berkait rapat. Mula menulis blog di akhir 2008, tapi sejak Disember 2011, aku mengaktifkan diri semula dengan semaksima mungkin. Blog Pilihan aku~ Blog Mr. E'raz Fadli. Kenapa? Sebab dia lah dorongan di sebalik pengaktifan aku dalam dunia blog ni.

Warna kesukaan- gabungan merah & hitam. Itu obsesi aku :) Rancangan kesukaan aku pula ialah IRON CHEF (walaupun diri sendiri tak semahir mereka dalam memasak). Satu barang yang dipilih untuk dibawa bersama masuk ke dalam hutan? PARANG!! Tentera Amerika pun sanggup tukarkan dagger mereka dengan parang kita, tau!

Okeh~ Itu saja setakat ni.. Harap penganjur berpuas hati dengan tugasan ni ;)

8 comments:

  1. memang teramat puas hati :D ringkas pun tak pe asal buat. TERIMA KASIH buat tugasan ni.

    ReplyDelete
  2. gudluck zamani..this blog is superb

    ReplyDelete
  3. gudluck zamani..this blog is superb

    ReplyDelete
  4. lengkap betul pengenalan dia... boleh jd resume...hehehe...

    ReplyDelete
  5. oohh... dah lama rupanya abgzamani ni berblog ya... good luck ya :)

    ReplyDelete
  6. oh macam nie ke? TUGASAN nye.. huahuah.. ingat nak kena masuk hutan juge.. ok2 jap lagi aku buat yg aku punya... huahuaha... :)

    ReplyDelete