e

Saturday, May 5, 2012

Polemik Pertukaran Saham Antara MAS & Air Asia Telah Selesai?


Kembalikan Firefly ke Kuching.. Itu hasrat aku selepas baca berita di bawah.. Bagi aku, Firefly lebih praktikal untuk aku setiap kali pulang ke Semenanjung.. Itu pendapat aku lah.. Apapun, jom baca~

Bakal Umum Pelan Komprehensif

KUALA LUMPUR 4 Mei - Malaysia Airline System Bhd. (MAS) yang kini dalam krisis kewangan bakal mengumumkan pelan komprehensif bagi menangani masalah itu selepas polemik pertukaran saham dengan AirAsia Bhd. (AirAsia) selesai.

Sumber berkata, pengumuman mengenai pelan itu akan dibuat dalam masa terdekat ini.

"Beberapa langkah akan diambil dalam usaha untuk mengukuhkan MAS supaya ia kekal berdaya saing dan paling penting tidak rugi lagi. Pelan komprehensif itu dihasilkan oleh Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) dan MAS.

"Pertimbangan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk mengembalikan MAS ke landasan betul," katanya.

Awal tahun ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pernah membayangkan kedua-dua entiti penerbangan negara akan mengumumkan pelan itu secara bersama.

Bagaimanapun, pengumuman itu dibuat lebih awal selepas mengambil kira pertukaran saham MAS dan AirAsia yang menjadi polemik kini telah selesai.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pembatalan pertukaran saham itu membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dengan suara kakitangan MAS yang menentang transaksi tersebut.

"Nampaknya, transaksi itu tidak diterima oleh banyak pihak. PM telah mengambil pendekatan terbaik dan bijaksana dalam membatalkannya," kata beliau.

Rabu lalu, Khazanah mengesahkan transaksi pertukaran saham antara MAS dan AirAsia dibatalkan.

Berikutan keputusan itu, Khazanah akan memulangkan semula 277.65 juta saham atau 10 peratus kepentingan dalam AirAsia kepada Tune Air Sdn. Bhd. (Tune Air).

Tune Air pula akan menyerahkan semula 685.14 juta saham bersamaan 20.5 peratus kepentingan dalam MAS kepada Khazanah semula.

Khazanah berkata, pemindahan itu akan dilakukan pada harga dan nisbah asal semasa transaksi tersebut, yang mana saham MAS dinilaikan pada harga RM1.60 sesaham dan AirAsia RM3.95 sesaham. Pemindahan itu tidak akan membabitkan nilai tunai.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

3 comments: