e

Monday, May 21, 2012

TERKINI HARI INI! Dia Penyamun Yang Tercedera, Dia Menyamar Jadi Mangsa Samun di Hospital, Kemudian Dia TERJUMPA DENGAN MANGSA SAMUN YANG SEBENAR!

KORANG RASA APA KESUDAHANNYA??

Mangsa yang cedera disamun dan penyamun yang turut cedera semasa bergelut dengan mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital yang sama.. Apa lagi, bertempiaran larilah kesemua rakan2 penyamun meninggalkan rakan mereka yang cedera bila si mangsa dedahkan identiti mereka yang sebenar. Ikuti berita di bawah ni:


SERDANG: Lima perompak yang menghantar rakan mereka ke Hospital Serdang, di sini, yang parah selepas bergelut dengan mangsa ketika cuba menyamun sebuah kafe siber pagi kelmarin, kelam-kabut melarikan diri apabila terserempak mangsa jenayah mereka yang pergi ke hospital sama untuk mendapat rawatan.

Sebaik mangsa, Saifullah Mishaldulmun, 21, yang cedera di kepala menjerit memaklumkan kepada petugas hospital bahawa individu yang dirawat di unit kecemasan itu penjenayah yang mencederakannya, kelima-lima perompak terbabit bergegas melarikan diri meninggalkan rakan mereka.

Dalam kejadian pada jam 5 pagi itu, enam lelaki datang ke hospital itu merayu supaya seorang daripada mereka diberi rawatan kecemasan kerana cedera serius selain kehilangan banyak darah.

Petugas yang mahu dikenali sebagai Mohd Akmal, 30, berkata, kumpulan lelaki itu memaklumkan rakan mereka cedera akibat diserang penjenayah ketika berada dalam sebuah kafe siber di Seri Kembangan, di sini.

Menurutnya, doktor memberi rawatan kecemasan kepada lelaki terbabit dalam bilik rawatan manakala lima rakannya menunggu di luar bilik berkenaan.

5 comments:

  1. Baru padan muka dia... kalau macam ini mesti boleh tangkap lagi yg lima sebaik si sakit sembuh boleh bagitahu siapa geng dia...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. nmpak sangat kawan2 dia yang lain tu penting kan diri.. padan muka.. orang lain susah jugak tak lah sampai buat benda bodoh tu.. orang nacam ni malas berusaha.. aduii.. >awal pagi dah membebel< ahahahaha

    ReplyDelete
  3. hambekk ko .. skali rawat kt spital sama . biar cepat sket kena tangkap . kejam sgt!

    ReplyDelete
  4. dapat tangkap tak??? cctv mesti ada kan kat hospital. ngerinya tgk jahitan tu!!!

    ReplyDelete
  5. ha3..
    klakor...
    smpt pulak berdrama kt hospital tuh...

    ReplyDelete