Bokeh yang aku maksudkan disini bukanlah sejenis hantu, tapi merupakan satu kesan khas yang dapat dihasilkan dalam seni fotografi. Aku sengaja gunakan perkataan 'hantu' yang merujuk kepada diri aku sendiri, sebab aku antara peminat fotografi di luar sana yang sangat gilakan kesan 'bokeh' ini- jadi aku gunakan istilah Hantu BOKEH.. heh2 ;p
"APA ITU BOKEH?"
"BAGI peminat fotografi yang sudah lama berkecimpung dalam hobi ini, perkataan bokeh seakan-akan satu perkara asing bagi mereka. Ini disebabkan bokeh yang berasal daripada perkataan Jepun, 'boke', yang bermaksud kabur atau jerebu kini diadaptasikan dalam elemen fotografi yang bermaksud nilai estetika/seni kawasan kabur dan mula digunakan oleh peminat fotografi masakini.
Bokeh mula diperkenalkan pada tahun 1997 melalui majalah Photo Techniques oleh editornya pada ketika itu, Mike Johnston.
Namun, bokeh bukanlah hanya teknik fotografi yang mengaburkan bahagian latar belakang sahaja tetapi ia lebih kepada nilai atau suasana menarik di bahagian latar belakang.
Sebagai contoh, rakaman dilakukan dengan subjek berlatar belakangkan pancaran cahaya dari kejauhan atau kilauan matahari yang melalui celah-celah dedaunan.

Ini akan menghasilkan satu bentuk cahaya yang bulat dan menghasilkan efek yang menarik.
Untuk mendapatkan efek ini, lensa utama atau prime lens sering digunakan termasuk lensa yang mempunyai jarak fokus yang panjang.
Selain itu, bukaan (aperture) perlulah dibuka habis sebagai contoh lensa yang mempunyai bukaan terbesar f/1.8. Namun bokeh boleh terjadi dengan bukaan f/5.6 juga bergantung kepada kedudukan subjek dengan lensa dan juga keadaan latar belakang.

Apa kata, pembaca cuba rakamkan gambar yang mempunyai efek bokeh.
Gunakan bukaan paling besar yang ada pada lensa anda. Rapatkan subjek dan cari latar belakang yang bercahaya atau berlampu untuk mendapatkan efek menarik.
Anda boleh menggunakan tetapan 'A' atau 'Av' pada kamera dan biarkan pengatup (shutter) ditentukan. Bagi mereka yang menggunakan tetapan manual, buka bukaan paling besar dan tentukan pengatup mengikut keadaan cahaya."
Yang ini, gambar dengan efek bokeh yang aku hasilkan sendiri ;)
Sumber: Utusan Malaysia
Gambar: Flickr & Art Fans Info.
Gambar: Flickr & Art Fans Info.
effect bokeh memang lawa !
ReplyDeleteZam sependapat dgn Eyqa!
ReplyDeleteowh
ReplyDeletetahu bnda baru today!
yup..hasil bokeh mmg menarik..menambahkan lg seni dlm foto
ReplyDeleteEffect bokeh chantek..suka tgk pic yg da efek cmneh
ReplyDeletesusahnya CP nak paham ... hahaha ~
ReplyDeleteWah! Ilmu fotografi pertama yang MM dapat.. Bokeh.. Cantik ye efek bokeh ni.. Klu guna camera digital biasa cam MM ni (Nikon Coolpix S6200) boleh dapat efek bokeh tak?
ReplyDeleteBokeh memang best !
ReplyDeletenice la :)
ReplyDeleteOwh..so that's bokeh. I like bokeh!
ReplyDelete