e

Thursday, June 14, 2012

REALITI: Tentang Membuat KEPUTUSAN Dan JANJI (JOM BACA!)

REALITI: Tentang Membuat KEPUTUSAN Dan JANJI.



"Don’t Make Decisions When You’re Angry.
Don’t Make Promises When You’re Happy."


Jangan Membuat KEPUTUSAN Semasa Anda Marah.
Jangan Membuat JANJI Ketika Anda Gembira.


Tentu ramai yang menyedari hakikat ini, lebih2 lagi selepas mengalami peristiwa2 yang terkena tepat pada diri sendiri. Hakikatnya, dalam keadaan marah, fikiran kita lebih didorong oleh emosi & amarah itu sendiri, & bukannya dari rasional akal fikiran yang waras. Hasilnya, keputusan & tindakan yang dibuat ketika itu pasti merugikan diri sendiri dan mereka yang berada di sekitar kita.

Begitu juga ketika berjanji. Didorong perasaan gembira, kita akan menabur janji yang indah2: tanpa kita sedari, "kita sebenarnya belum tentu pasti dapat atau tidak mengotakan janji itu di kemudian hari". Kita tidak tahu pada masa akan datang, mungkin situasi yang digambarkan pada hari ini akan jadi sangat, sangat berbeza. Sudahnya, janji itu memakan diri kita sendiri.

"Jadi, apa yang harus dibuat?"

Apa yang pasti, berpada2 lah pada setiap masa dalam apa jua keadaan. Itu lebih baik. Kan? :)

(Kredit kepada Azah Chan untuk ayat power -"Don’t Make Decisions When You’re Angry. Don’t Make Promises When You’re Happy" di atas)

7 comments:

  1. Sgt setuju.. berpk dulu sebelum m'buat apa-apa keputusan..

    ReplyDelete
  2. thanks Iera ;)

    Cik Mama, thanks 4 the comment :))

    ReplyDelete
  3. setuju sangat , sebab pernah buat .
    the end , tak berani nak janji dengan orang pape.

    ReplyDelete
  4. kdg2 kita keliru semula masa nak tunaikan janji..

    ReplyDelete