e

Tuesday, June 19, 2012

TAK BOLEH BLAH! GARA-GARA TUKAR SIARAN EURO, SEORANG LELAKI CEDERA DIPUKUL !

Rasanya ini antara isu yang memang dijangkakan akan terjadi di sepanjang musim perlawanan bola sepak yang besar2 macam EURO ni. Apa kes? Individu yang tukar siaran tu pun tak patut jugak, orang lain tengah syok2 tengok perlawanan tu, kenapalah ditukar ke siaran lain..? Isk3.. Kurang kesedaran SIVIK kah?





CEKUP...anggota polis menahan suspek yang cuba melarikan diri selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, kelmarin.

GEORGETOWN: Akibat menukar saluran televisyen (TV) ketika perlawanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, seorang lelaki cedera dipukul pelanggan lain di sebuah pusat hiburan di Lebuh Naning, di sini, yang tidak puas hati dengan tindakan lelaki itu, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.10 pagi itu, lelaki berusia 30-an terbabit menukar saluran televisyen ketika perlawanan di antara pasukan Russia dan Greece, menyebabkan pengunjung pusat hiburan itu tidak berpuas hati.

Jurucakap polis berkata, berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dengan beberapa pengunjung sehingga tercetus pergaduhan yang berlarutan hingga ke luar pusat hiburan terbabit.

Menurutnya, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan berjaya meleraikan pergaduhan berkenaan.

4 comments:

  1. haha,kau yang cari nahas.dah tau org tengah tengok bola, semua org boleh gile sebab bola.

    padan muke.

    ReplyDelete
  2. errr..sape yg salah sebenarnye ye.hihi

    ReplyDelete
  3. sebab bola pun gaduh . haiya !

    ReplyDelete
  4. erk.. mcm2... nak tengok bola pun sampai pukul org... ish3..

    ReplyDelete